Teknologi

‘Alamak! Air Tumpah Dekat Laptop!’- Ini Langkah Selamat Anda Kena Buat, Jangan Guna ‘Hair Dryer’

33
SHARES

“Ahhh tidak, habis tertumpah air atas laptop aku!”

Ini memang masalah besar, sekiranya air tertumpah di atas laptop. Bukan murah harganya! Boleh jadi kerugian besar andai ia rosak teruk dan tidak berfungsi lagi.

Justeru itu, bagi mengurangkan kekusutan di kepala anda, penulis bawakan tips bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini sekiranya ia benar berlaku. Ini merupakan info yang disiarkan oleh laman web OK Komputer Solution. Semoga dapat membantu!

Baca juga: Cara Tutup Setting Di Facebook, Baru Kurang Risiko Kena Godam!

INI SEBAB MENGAPA JANGAN CUBA HIDUPKAN LAPTOP BILA TERTUMPAH AIR…

Gambar hiasan: BBC

Jika laptop tertumpah atau tersiram air semasa laptop sedang bernyala atau dihidupkan, anda haruslah mencabut semua power cable pada laptop. Kemudian segera mematikan laptop tersebut agar masalah short circuit dapat diatasi.

Jika laptop terkena air hujan, jangan sesekali mencuba untuk menghidupkan laptop bagi memastikan ianya masih berfungsi atau tidak. JANGAN OKAY!

Apabila anda lakukan itu semasa laptop masih dalam keadaan basah, ia akan membuat laptop bakal mengalami konsleting elektrik.

Haa, selepas sudah elakkan daripada buat perkara diatas, marilah kita ikut step dibawah ini:

LANGKAH-LANGKAH PERLU DIAMBIL SEKIRANYA LAPTOP DITUMPAHI AIR:

Gambar hiasan: HappyPhotons – Freepik.com

LANGKAH 1

Pisahkan bateri pada laptop agar tiada aliran elektrik.

LANGKAH 2

Gambar: OKComputerSolution.

Cabut semua peranti yang bersambung pada laptop seperti mouse, speaker, dan lain-lain.

LANGKAH 3

Gunakan kain lembut atau pembersih vakum dengan penyedut kecil untuk menyedut cecair, terutama pada lubang power jack, usb port dan lain-lain.

LANGKAH 4

Gambar: OKComputerSolution.

Terbalikkan laptop dengan kedudukan keyboard berada di bawah serta letakkan kain tebal atau tuala yang dapat menyerap air dengan effektif dan cepat diatas tempat berkenaan.

* Jika air sudah mengalir ke dalam laptop, buka komponen pada laptop agar air mudah untuk mengalir keluar terutamanya keyboard. Ia juga dapat memudahkan anda untuk mengeringkan air tersebut.

LANGKAH 5

Gunakan cotton bud atau kain lembut untuk mengeringkan di kawasan yang agak sukar seperti mainboard atau motherboard.

* Jangan lap terlalu ganas atau kasar agar tidak berlaku kerosakkan lain.

LANGKAH 6

Dalam keadaan laptop yang terbuka, keringkan laptop dengan cara lap. Angin-anginkan atau kipaskan menggunakan surat khabar bagi membantu mempercepatkan bahagian laptop untuk kering.

* Jangan menggunakan hair dryer kerana ia dapat mengeluarkan wap-wap yang akan cepat merebak pada bahagian-bahagian laptop.

INGAT ! Laptop sensitif pada panas sebab itulah apabila laptop overheating, komponen akan mudah rosak.

LANGKAH 7

Gambar: OKComputerSolution.

Setelah pasti laptop sudah kering, pasang semula komponen yang dipisahkan tadi dengan kemas dan dalam keadaan yang baik lalu nyalakan (ON) laptop seperti biasa.

* Jika berjaya dihidupkan, alhamdulillah!

Akan tetapi, jika sebaliknya segera mendapatkan bantuan daripada pihak yang pakar pembaikkan laptop di kedai repair laptop yang dipercayai kerana kemungkinan telah berlakunya konsletting pada bahagian power atau chipset laptop tersebut.

Sumber: Website OK Computer Solution

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×