Kebelakangan ini, terlalu banyak isu penggodaman akaun bank yang timbul sehingga menimbulkan rasa gerun dalam kalangan rakyat. Ia berlaku tanpa disedari pemilik akaunnya, bila semak duit telah pun ditolak sehinggakan besar jumlah wang yang diambil.
Pelbagai cara telah dikongsikan untuk elak daripada menjadi mangsa penggodaman, antaranya ialah jangan tekan sembarangan pautan yang muncul. Selain itu, cara-cara yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Shah boleh juga diikuti sebagai langkah berjaga-jaga. Jom lakukan!
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Suami ‘Trace’ Telefon Pintar Yang Hilang Guna Akaun Google, Kagum!
BILA BANYAK SANGAT ISU ‘HACK’ AKAUN BANK, LEBIH BAIK AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA
Banyak dah ni orang hack hack account bank kita. Facebook pun boleh tengok apa aktiviti kita di luar Facebook seperti Maybank,CIMB dan apa-apa aplikasi yang kita guna. So, better offkan sebelum apa-apa terjadi.
Dekat sini aku sertakan sekali cara-caranya. Palataou atau tak, terserah duit korang bukan duit aku.
CARA TUTUP ‘SETTING’ DI FACEBOOK, ELAK KENA GODAM:
1. TEKAN ‘3 LINE’ DI ATAS KANAN
2. TEKAN TETAPAN (SETTING)
3. PILIH ‘OFF-FACEBOOK ACTIVITY’
4. BOLEH LIHAT AKTIVITI LUAR DARI APLIKASI FACEBOOK
5. TEKAN ‘DISCONNECT FUTURE ACTIVITY’
6. KLIK ‘OFF’ & BUTTON AKAN BERTUKAR KELABU
7. TEKAN ‘TURN OFF’ LAGI
Sumber: Facebook Muhammad Shah