Famili

Wanita Kongsi Cara Suami ‘Trace’ Telefon Pintar Yang Hilang Guna Akaun Google, Kagum!

31
SHARES

Apabila telefon pintar hilang perkara pertama yang dihadapi seseorang itu ialah akan merasa panik dan ingin menangis. Bukan apa, ini kerana segala data maklumat dan galeri yang disimpan begitu sangat berharga kepada penggunanya.

Namun, bagi pengguna telefon pintar android, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang sekiranya telefon anda hilang dan gagal ditemui. Hal ini kerana, terdapat satu cara untuk mengesannya semula dengan menggunakan akaun Google seperti yang dikongsikan oleh Puan Ain Nadiah Mazlan melalui pengalamannya sendiri.

Baca juga: 4 Kaedah Mengesan Kamera Tersembunyi Di Penginapan Sementara, Jaga-Jaga!

TELEFON PINTAR HILANG, SUAMI ‘TRACE’ GUNA AKAUN GOOGLE

Gambar hiasan: Wiser.my

Ain hilang handphone di tandas R&R Gurun. Kebetulan abang bawa laptop. Terus abang log in gmail account Ain. Lepas tu “track my device” guna acc google.

Lepastu pilih “ring my phone”. Walaupun phone kita dah SILENT tapi tetap google boleh deringkan ia kuat-kuat selama 5 minit.

So masa tengah handphone berdering tu, abang tekan “locate my phone”. Location menunjukkan phone ain masih lagi di R&R Gurun.

Abang terus berlari meredah hujan mencari di location tersebut. Ia menunjukkan parking di bahagian belakang.
Ain pula berdoa dalam hujan dengan sepenuh hati semoga abang pulang dengan hasil.

BANYAK DATA PENTING, RASA MENYESAL TAK ‘BACK UP’ DI GOOGLE AKAUN

Ain bukan sayang phone ni tapi ain sayang semua gambar, data and files dalam ni. Handphone Ain ibarat laptop dan buku nota. Semua kerja mary jardin Ain selesaikan dengan smartphone ni. Masa ni la marah dekat diri sendiri kenapa tak buat back up ke google acc semua benda dalam phone tu.

Dalam keadaan cemas, bingung, sedih, Adam pulak nangis sekuat hati. Ain masa tu tengah pegang laptop tengok kalau-kalau location berubah. Orang bawa lari ke apa ke an.

Cepat-cepat Ain tenangkan diri sebab kalau serabut tak membawa faedah pun. Bila Ain dah tenang. Automatik Adam pun Ain boleh tenangkan dengan jayanya.

Selesai tidurkan Adam, Ain nampak kelibat Abang yang pulang dengan hampa. Kemudian kitorang nampak location phone beralih ke ramly burger.

Kami terus gerak dan park di depan ramly burger. Abang type mesej “please call 017******* dan mesej dihantar melalui google acc tersebut. Mesej ni memang akan terpapar di muka depan screen.

SAAT HAMPIR BERPUTUS ASA TIBA-TIBA…

Last resort, Ain memang nak “consider erasing your device” dah. Tapi ain sabar je dulu sebab button ni memang pilihan terakhir. Kalau tekan yang tu memang tak dapat recover balik semuanya.

Saat Ain hampir berputus asa, tetiba satu panggilan masuk ke phone abang. Mungkin dia baca mesej yang dihantar.
Alhamdulillah. Orang yang ambil phone tu memang bercadang mahu pulangkan semula. Katanya tengah solat tadi.
Dan kami jumpa di depan ramly burger.

Sungguh Allah mendengar doa hambanya yang meminta dengan bersungguh ketika turunnya hujan rahmat.
Kejadian ini membuatkan Ain insaf, kalau waktu macam ni Allah dengar permintaan kita, apalagi kalau kita meminta dengan bersungguh di waktu tahajjud.

Melalui post ini, Ain cuma mahu sampaikan cara untuk mencari phone yang hilang sekiranya tiada apps. Atau mungkin anda semua boleh download sahaja apps sebelum kes macam ni terjadi. Wallahualam.

#ainwrites

LANGKAH-LANGKAH ‘TRACE’ TELEFON PINTAR MELALUI AKAUN GOOGLE

LANGKAH 1:

Gambar: Choose acc.

LANGKAH 2:

Gambar: Enter google password.

LANGKAH 3:

Gambar: Scroll down.

LANGKAH 4:

Gambar: Get started.

LANGKAH 5:

Gambar: Choose your device.

LANGKAH 6:

Gambar: Verify password.

LANGKAH 7:

Gambar: Ring or locate.

LANGKAH 8:

Gambar: Erase device tu last option andai kata tak dapat phone. Kiranya macam format balik la.

Sumber: Facebook Ain Nadiah Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×