Rakyat

Wanita Cemas Hilang iPhone, Suami Terus Kesan Dengan Aplikasi Ini & Berjaya Dapat Semula!

118
SHARES

Pengalaman mencemaskan seorang wanita tatkala kehilangan telefon pintar, iPhone di kedai makan telah menyebabkan dirinya tak senang duduk buat seketika oleh kerana terdapat banyak maklumat kerja di dalamnya.

Namun, tindakan bijak wanita itu menghubungi suaminya telah berjaya mendapatkan ia semula. Menurut Puan Yati Redha, suaminya bertindak pantas mengesan lokasi iPhone itu dengan menggunakan sebuah aplikasi ‘Find My’. Jom ikuti kisah ini dan cara mengesan iPhone yang hilang dengan pantas.

Baca juga: Tips Beli Kenderaan Terpakai ‘Second-Hand’, Elak Jadi Mangsa Tertipu!

SEKELIP MATA iPHONE HILANG, TAK SAMPAI 5 SAAT PUN

Iphone kena curi. Tadi pegi kedai makan. Lunch dengan mak. Yati pegang dompet dan phone je. Kebetulan nak cepat, Yati tak bawak handbag.

Masa bungkus-bungkus lauk, dompet dan phone masih melekat di tangan. Yati letak dekat tepi kejaaap je nak bungkus kuah kari. Yati pun cedok kuah kari. 1…2…3.. senduk, ikat plastik.

Tup tup tengok balik tinggal dompet je. Phone dah hilang! Proses tu terlalu pantas. Tak sampai 5 saat phone hilang. Terasa ada sekilas pandang orang lalu.

Tapi bila tengok sekeliling tak ada pun siapa-siapa yang mencurigakan atau cuba lari. Suasana kedai pun sama je, semua sibuk makan ambil lauk.

Jadi Yati pun cuba salahkan diri sendiri dulu. Terus cari atas meja, cari dalam kereta, cari celah-celah lauk, takut diri sendiri yang cuai. Tapi memang tak jumpa.

Memang sah. Phone dah kena curi. Masa tu dah terbayang tac dan kerja je. Yati pun cepat-cepat pinjam phone owner kedai. Call suami. Mujur suami dekat.

GUNA APLIKASI ‘FIND MY’ UNTUK KESAN iPHONE HILANG

Suami terus bukak apps “Find My”. Dan klik “Mark As Lost”. Lepas tu suami ikut lokasi phone tu. Mula-mula location phone memang dalam kedai tu. Dekat sangat dengan Yati.

Tapi ada ramai orang dalam kedai tu. Susah nak cam. Muka pun biasa je tak ada yang mencurigakan. Kami pun tunggu. Tak lama lepas tu, location tu mula bergerak.

Suami follow ‘location’ tu bergerak ke econsave, pasaraya yang ada di area situ juga. Walaupun ada location, tapi tak tahu phone tu ada dekat mana. Boleh jadi dekat parking, dekat kedai-kedai, dekat celah sayur.

BILA ‘MARK AS LOST’, iPHONE AKAN AUTOMATIK ‘LOCK & AUTO’ BUAT PANGGILAN

Rupanya bila kita dah tekan ‘Mark as lost’, iphone akan automatik Lock dan AUTO membuat panggilan ke phone suami yang sedang track phone tu.

Pencuri tu tak boleh nak buat apa-apa dengan phone tu. Nak keluarkan simcard pun tak sempat sebab phone tu sentiasa buat panggilan.

Tak lama lepas tu ada seorang wanita india call suami menggunakan phone Yati yang hilang tu, “Saya ada jumpa phone ni dekat rak sabun. You ada tertinggal ke?”

Terus suami berkejar ke rak bahagian sabun dalam econsave tu juga. Terkejut wanita india tu dapat tahu phone tu baru lepas kena curi. Kemungkinan pencuri tu panik dia tinggalkan phone dekat situ.

BILA iPHONE SEDAR, KENA CURI JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

Alhamdulillah jumpa balik. Kepada pengguna iphone…

Kalau phone terhilang ke, tersalah letak ke, phone kena curi ke boleh guna je apps “Find my” tu.

Dan kalau phone kena curi, please jangan tunggu lama-lama. Segera ‘mark as lost’ supaya maklumat peribadi kita terkunci. Tak sampai sejam semua ini berlaku.

Tapi besar sangat hikmahnya dan tak dapat dilupakan. Syukur sangat-sangat. Moga Allah lindungi kita semua. Sama-sama kita sentiasa berjaga-jaga, ya sahabat.

Sumber: Facebook Yati Redha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×