Didik

Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!

54
SHARES
cara tukar surat beranak

Anda rakyat Malaysia yang kini berusia 40 tahun ke atas, mesti sijil kelahiran atau surat beranak anda sudah tidak kelihatan elok rupanya kan? Sekiranya surat beranak lama sudah lusuh, kekuningan atau sedikit koyak boleh lah ikuti panduan cara tukar surat beranak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti tertera di bawah.

Walaupun, surat beranak anda boleh digunakan kerana masih ada tulisan tangan dan info, tetapi tidak mustahil ia boleh terkoyak akibat sudah terlalu lama. Jadi, kalau dokumen penting ini sudah uzur, adalah lebih baik ditukarkan kepada yang baru. Mudah dan panduannya ada dikongsi oleh Puan Mawarni Sani.

Baca juga: Ini 7+ Sebab Perlu Beli Rumah Awal & Harga Pelbagai Kediaman, Baru ‘Saving’ Bermatlamat!

CARA TUKAR SURAT BERANAK

cara tukar surat beranak

CARA CABUTAN SURAT BERANAK BARU DI JPN (LAMA TUKAR BARU)

Hari ini saya pergi JPN nak print surat beranak lama kepada yang baru. Okey, saya saja kongsi caranya.

Dokumen yang perlu dibawa

  • Bawa 1 salinan kad pengenalan (ori dah tentu kita bawak sentiasa)
  • Surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun)
  • Bayaran rm5 (bayar guna kad ya)

Hanya perlu tunggu sekejap, dokumen pun siap!

Syarat-syarat untuk tukarkan surat beranak pasangan

Boleh cetak (print) juga untuk pasangan. Syarat-syaratnya:

Surat beranak lama itu, boleh simpan dan bingkaikan sebagai kenangan. Selesai sudah hal surat beranak. Benda boleh buat, kenapa nak bertangguh.

Best pulak tengok surat beranak baru. Cantik! Rasa macam kembali jadi kanak-kanak.

Baca juga: Ini Tips Bersara, Baru Masa Depan Selesa & Terjamin, ‘Point’ No. 7 Tolong Elak!

Sumber: Mawarni Sani

FT Image: koleksioldsckool / Mawarni Sani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×