Euforia Bola 2026
Rakyat

JPN Umum Peralihan MyKad Generasi Baharu, Cetakan MyKad Alami Gangguan Sementara Hingga 31 Ogos

MyKad Generasi Baharu

Orang ramai yang merancang untuk berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam masa terdekat disaran mengambil perhatian mengenai MyKad Generasi Baharu yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Baca juga: RM400 BUDI, PLKN Siri 4 & Banyak Lagi… Ini 10 Bantuan Kerajaan & Pengumuman Penting Setakat Minggu Ini!

PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARU

MyKad Generasi Baharu

Gambar hiasan: SirapLimau

Menerusi pemakluman di Facebook, JPN memaklumkan proses peralihan daripada struktur MyKad sedia ada sedang dilaksanakan. Susulan proses tersebut, urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula 26 hingga 31 Ogos 2026.

Dalam tempoh berkenaan, mereka yang tidak mempunyai keperluan mendesak dinasihatkan merancang urusan penukaran atau gantian dokumen tersebut pada waktu lain bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Baca juga: Jangan Kalut Dulu.. Tiada Operasi Khas Wajibkan Rakyat Tukar Alamat MyKad, JPN Nafi Kenakan Tindakan!

Permohonan MyKad kali pertama anak 12 tahun disaran tunggu

Pemakluman itu turut memberi perhatian kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak bakal membuat permohonan MyKad kali pertama selepas mencapai usia 12 tahun.

JPN menggalakkan mereka supaya menunggu seketika sebelum mengemukakan permohonan. Langkah tersebut membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

Nasihat ini khususnya penting bagi keluarga yang tidak mempunyai keperluan segera untuk mendapatkan dokumen pengenalan berkenaan.

Baca juga: [TERKINI] Umur Minimum 16 Tahun, Wajib Guna MyKad Atau Pasport Untuk Daftar Media Sosial!

JPN pada masa sama memohon kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan tersebut.

Orang ramai turut diminta mengambil kira tempoh gangguan yang diumumkan ketika merancang urusan berkaitan MyKad, terutama jika permohonan atau penggantian tidak memerlukan tindakan segera.

JPN memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul sepanjang pelaksanaan proses berkenaan.

Sumber: Facebook Jabatan Pendaftaran Negara

FT Image: SirapLimau

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×