Euforia Bola 2026
Rakyat

Masih Bersemangat Pada Usia 102 Tahun, Warga Emas Ini Antara Yang TERTUA Tukar MyKad Baharu

warga emas tertua

Warga emas tertua antara yang direkodkan di Kedah, Bedah Salleh, 102, mencuri perhatian apabila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah untuk menukar MyKad generasi baharu.

Walaupun sudah berusia lebih satu abad, Bedah hadir dalam keadaan bersemangat ditemani dua anaknya dan tidak mengambil masa lama untuk menyelesaikan urusan berkenaan.

Baca juga: “Terima Kasih Beri Peluang”- Orang Awam Kini Boleh Ziarah Pusara Tun Dr Hasmah, Ini Waktu Yang Ditetapkan

WARGA EMAS TERTUA TERIMA MYKAD BAHARU USIA 102 TAHUN

WARGA EMAS TERTUA

Menariknya, Bedah yang merupakan antara pemegang MyKad tertua di Kedah itu tidak berdepan kesukaran sepanjang urusan berkenaan.

Malah, dia menyifatkan proses penukaran MyKad kali ini lebih mudah dan pantas berbanding pengalaman terdahulu.

Selain Bedah, dua anaknya, Sopeah Majid, 80, dan Ghazali, 76, turut mengambil kesempatan menukar MyKad generasi baharu pada hari yang sama.

Bedah yang kini tinggal bersama anak sulungnya berkata, dia bersyukur masih dikurniakan kesihatan yang baik pada usia lebih seabad.

Bagaimanapun, dia mengalami masalah pendengaran, selain mengakui tiada petua khusus yang diamalkan untuk mencapai usia tersebut.

Menurutnya, sejak usia muda, dia lebih gemar mengambil ulam-ulaman, mengurangkan makanan berdaging dan memilih makanan yang direbus.

“Tak ada rahsia apapun, cuma sejak di usia muda tok amalkan makan ulam-ulaman, kurangkan makan berdaging dan banyakkan makanan rebus,” ujarnya.

WARGA EMAS TERTUA

Proses memang cepat

Sementara itu, anak sulungnya, Sopeah, berkata keputusan untuk memperbaharui MyKad ibunya tercetus selepas dimaklumkan oleh anak dan cucu mereka.

Menurut Sopeah, ibunya begitu bersemangat untuk hadir ke JPN sehingga bangun awal dan menyediakan sarapan sebelum memulakan perjalanan.

“Pagi ini emak bangun awal pagi, siap sarapan sebelum datang ke sini dan malah dia cukup bersemangat,” ujar Sopeah.

Sebaik tiba di pejabat JPN, mereka mengambil nombor giliran sebelum Bedah dipanggil untuk menjalani proses penukaran MyKad.

Sopeah turut berkongsi bahawa ibunya masih mempunyai aktiviti yang digemari apabila mahu mengisi masa lapang. Menurutnya, Bedah biasanya akan mengajaknya bermain congkak sekiranya mahu menghilangkan tekanan.

Walaupun tidak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah, Sopeah menyifatkan ibunya sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas.

Baca juga: Sebaknya Ayah Beli Kulit Ayam 10kg Untuk Isi Perut Anak-Anak, Terpaksa Minta Diskaun Kerana Perlu Berjimat…

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×