Euforia Bola 2026
Rakyat

“Terima Kasih Beri Peluang”- Orang Awam Kini Boleh Ziarah Pusara Tun Dr Hasmah, Ini Waktu Yang Ditetapkan

Pusara Tun Dr Hasmah

Pusara Tun Dr Hasmah Mohamad Ali kini boleh diziarahi oleh orang ramai di Pusara Negara, Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya.

Perkara itu dimaklumkan Perbadanan Putrajaya menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk menziarahi pusara Allahyarhamah sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas segala bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang hayatnya.

Baca juga: Tewaskan 71 SBP Lain! Sekolah Sultan Alam Shah Dinobatkan ‘SBP Terbaik Keseluruhan 2025’

PUSARA TUN DR HASMAH KINI BOLEH DIZIARAHI ORANG RAMAI

Pusara Tun Dr Hasmah

Berdasarkan makluman tersebut, orang ramai boleh hadir untuk menziarahi pusara Allahyarhamah pada setiap hari, bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

Lokasi pusara Allahyarhamah adalah seperti berikut:

Pusara Negara
Taman Selatan, Presint 20
Putrajaya.

Perbadanan Putrajaya turut berkongsi pautan lokasi untuk memudahkan orang ramai mendapatkan arah ke Pusara Negara.

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai respons daripada orang ramai yang menzahirkan penghargaan atas peluang yang diberikan untuk menziarahi pusara Allahyarhamah.

Seorang pengguna Facebook, D’Luffy StrawHat, mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana memberi peluang kepada orang awam untuk menziarahi pusara Allahyarhamah.

Seorang lagi pengguna, Nicholas Gonzalesz, turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah selain menitipkan doa agar Allah SWT mengampuni segala dosa, merahmati serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan orang soleh dan di syurga Firdaus.

Pusara Tun Dr Hasmah

Allahyarhamah Tun Dr Hasmah merupakan tokoh yang banyak menyumbang kepada masyarakat sepanjang hayatnya, khususnya dalam bidang perubatan, kesihatan dan kebajikan.

Semoga peluang untuk menziarahi pusara ini menjadi ruang buat orang ramai mengenang jasa serta sumbangan Allahyarhamah. Al-Fatihah.

Baca juga: Cemas! Anak Telan 50 Biji Vitamin C, Perkongsian Ibu Ini Buat Ramai Baru Tahu Wujudnya Pusat Racun Negara

Sumber: Facebook Perbadanan Putrajaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×