Euforia Bola 2026
Famili

Sebaknya Ayah Beli Kulit Ayam 10kg Untuk Isi Perut Anak-Anak, Terpaksa Minta Diskaun Kerana Perlu Berjimat…

KULIT AYAM

Kisah seorang pelanggan yang membeli 10 kilogram kulit ayam di sebuah pusat jualan kilang ayam mengundang rasa sebak selepas pemilik premis berkongsi kisah di sebalik pembelian tersebut.

Perkongsian Wan Fazlina Wan Fhuad di laman Facebook itu menceritakan bagaimana seorang bapa sanggup mencari pilihan makanan yang lebih murah demi memastikan anak-anaknya tetap dapat menikmati lauk kegemaran mereka.

Baca juga: “Terima Kasih Beri Peluang”- Orang Awam Kini Boleh Ziarah Pusara Tun Dr Hasmah, Ini Waktu Yang Ditetapkan

AYAH BELI 10KG KULIT AYAM, JADI MENU UTAMA UNTUK ANAK

KULIT AYAM

Menurut Wan Fazlina, lelaki berkenaan datang ke Pusat Jualan Kilang Ayam Bismi untuk membeli kulit ayam sebanyak 10 kilogram.

Harga kulit ayam di pusat jualan tersebut adalah RM3 sekilogram, namun lelaki itu tetap meminta sedikit potongan harga.

Wan Fazlina kemudian bertanya sama ada lelaki tersebut membeli kulit ayam dalam kuantiti yang banyak untuk tujuan perniagaan.

Menurut Wan Fazlina, daripada riak wajah lelaki berkenaan, jelas kelihatan dia benar-benar mengharapkan sedikit potongan harga.

Lantas, dia memberikan sedikit diskaun kepada pelanggan tersebut. Wajah lelaki itu dikatakan terus berubah ceria selepas menerima potongan harga berkenaan.

Tidak lama kemudian, lelaki itu memanggil anak-anaknya turun dari kereta. Salah seorang anaknya merupakan individu dengan sindrom down, manakala seorang lagi masih kecil dan belum begitu memahami keadaan kehidupan.

“Ayah beli banyak hari ini. Boleh kita goreng tepung dan buat masak kicap nanti,” luahnya.

KULIT AYAM

Pemberian bermakna daripada seorang ayah

Walaupun nilainya tidak besar, Wan Fazlina berkata, pemberian tersebut cukup bermakna apabila melihat kegembiraan pada wajah seorang ayah yang dapat membawa pulang lauk untuk anak-anaknya.

Peristiwa itu turut mengajarnya bahawa tidak semua orang yang mencari harga murah melakukannya kerana mahu berjimat secara berlebihan.

Lebih menyentuh hati, dalam keadaan perlu berjimat, lelaki tersebut tetap memastikan makanan yang dibelinya memenuhi perkara yang menjadi keutamaannya, iaitu halal.

Wan Fazlina turut berharap bantuan kecil yang diberikan itu dapat memberi sedikit kegembiraan kepada keluarga berkenaan.

“Kak One cuma bantu RM10. Tetapi mudah-mudahan RM10 itu menjadi sebab anak-anaknya dapat makan lauk yang mereka suka untuk seminggu ini,” katanya.

Dia turut mendoakan agar segala urusan bapa berkenaan dipermudahkan, rezekinya diluaskan dan kekuatannya ditambah untuk terus menjaga anak-anak.

Menurut Wan Fazlina, apa yang dibawa pulang lelaki tersebut pada hari itu bukan sekadar 10 kilogram kulit ayam, tetapi kegembiraan buat anak-anaknya.

Baca juga: Tewaskan 71 SBP Lain! Sekolah Sultan Alam Shah Dinobatkan ‘SBP Terbaik Keseluruhan 2025’

Sumber: Facebook Wan Fazlina Wan Fhuad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×