Famili

Ada Dokumen Diri Hilang? Ini Cara Buat Report Polis Secara Online, Cepat & Segera!

19
SHARES
sistem e-Reporting PDRM

Kini, anda boleh membuat laporan polis secara dalam talian di sistem e-Reporting PDRM, sekiranya kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak melibatkan kes jenayah seperti kad pengenalan diri.

Sistem ini dikhaskan untuk memudahkan orang awam membuat laporan polis kes kehilangan dokumen atau barang-barang  yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis. Jom lihat jenis dan langkah di bawah.

Baca juga: Ini Cara Pantau Lokasi Ahli Keluarga Secara Percuma! Tak Risau Anak Berjalan Tanpa Orang Tua

SISTEM E-REPORTING PDRM

sistem e-Reporting PDRM

Masyarakat digalakkan untuk memanfaatkan peluang yang telah disediakan oleh pihak PDRM bagi memudahkan pengadu membuat laporan yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah tanpa perlu hadir ke Balai Polis.

Sistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.

Ia disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah sahaja.

Sistem e-Reporting adalah terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pengadu hendaklah mendaftar dalam sistem ini dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.

Sistem e-Reporting telah dirasmikan oleh YDH IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar Ketua Polis Negara sempena Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden Fasa I bertempat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 10 Mac 2017.

Jenis aduan e-Reporting:

Sebanyak (8) jenis laporan polis yang disenaraikan adalah seperti berikut:

  1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.
  2. Hilang/Tercicir Lesen Memandu.
  3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.
  4. Hilang Telefon Bimbit.
  5. Hilang Komputer Riba (Laptop).
  6. Hilang Cukai Jalan.
  7. Pembantu Rumah Lari – Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
  8. Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

Langkah-langkah mengisi e-Reporting:

  1. Layari sistem e-Reporting.
  2. Daftar dan log masuk sistem e-Reporting.
  3. Semak butiran pengadu.
  4. Masukkan butiran kejadian.
  5. Kemudian, masukkan keterangan kejadian.
  6. Hantar butiran report ke e-Reporting PDRM.
  7. Anda boleh cetak dan menerima salinan report melalui emel.
  8. Bawa laporan polis ke agensi berkaitan.

Layari e-Reporting PDRM untuk membuat laporan kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkait dengan jenayah.

Sumber: Facebook Polis Daerah Subang Jaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×