Famili

Cara Buat Aduan Ke SKMM Bila Barang Pos Lambat Sampai

25
SHARES

Dunia sekarang ini sangat mudah dan pantas, semuanya berada di hujung jari. Pelbagai urusan boleh dilakukan secara atas talian termasuk menggunakan khidmat penghantaran barang.

Namun, ada kalanya anda akan mengalami keresahan di mana barangan yang dibeli tidak sampai ke tangan lagi. Ada pula tu yang telah melebihi tempoh sepatutnya, mulalah diri terbit rasa risau harga pula bukan murah sudah termasuk kos penghantaran lagi.

Justeru itu, ikuti tips langkah-langkah membuat aduan barangan pos yang lambat sampai seperti dikongsikan di bawah untuk mengatasi kerisauan anda. Semoga berjaya!

Baca juga: Cara Mudah Trace Semula Password, Tak Perlu Tekan ‘Forgot Password’!

CARA BUAT ADUAN KE SKMM BILA BARANG POS LAMBAT SAMPAI

Sebenarnya kalau korang beli barang online, tapi barang korang asyik kena sidai kena peram dengan courier tu, korang boleh buat aduan tau!

Kadang tu dah la peram lama, pastu barang tu tetiba hilang la rosak la. So buat je aduan terus.

CARA BUAT ADUAN BARANG POS LAMBAT SAMPAI

1. Bukak website ni > Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

pos

2. Click ‘ADUAN BARU’ & isi details tu macam ni.

  • Jenis Aduan adalah ‘Complaint’.
  • Jenis Perkhidmatan pula adalah ‘Postal/Courier Services’.
  • Kategori pilih ‘Postal & Courier Services’.
  • Subkategori:
    – Late Delivery
    – Lost Letters/parcel
    – Poor Service Delivery
    – Postman Attitude Conduct
  • Pembekal Perkhidmatan – Pilih je courier yang bermasalah tu.

3. Isi details korang dekat ‘Maklumat Pengadu’.

4. Isi ‘Maklumat Aduan’.

Tulis je semua benda yang korang tak puas hati kat situ.

5. Dekat part ‘Lokasi Masalah’ tu masukkan je area tempat korang tu kat mana.

6. Upload bukti yang korang ada untuk kukuhkan lagi aduan korang tu.

Boleh upload screenshot tracking barang tu ataupun kalau ada audio voice dengan customer service courier tu ke upload je.

7. Tick dekat part pengesahan tu & click ‘Hantar/Submit’.

Jangan lupa share thread ni dekat orang lain yang maybe tak tahu yang kita boleh aduan sebenarnya dekat SKMM kalau ada masalah dengan syarikat courier.

Sumber: Twitter Anisssurayaaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×