Teknologi

Cara Mudah ‘Trace’ Semula Password, Tak Perlu Tekan ‘Forgot Password’!

703
SHARES
kata laluan atau password

Kata laluan atau password diperlukan untuk memastikan keselamatan setiap akaun kita terjamin. Setiap akaun itu, seharusnya memiliki kata laluan yang berbeza. Hal ini kerana, kata laluan yang sama digunakan untuk pelbagai akaun lain, memudahkan maklumat digodam dan kebocoran maklumat kepada akaun-akaun lain.

Dah banyak kata laluan, kadang buat pengguna keliru dan terlupa. Ada caranya untuk selesaikan masalah ini dan tak perlu tekan ‘lupa kata laluan’ lagi. Anda boleh dapatkan atau trace kata laluan anda semula seperti perkongsian saudara Hafizi Zain ini.

Baca juga: Pengguna iPhone, Ini Cara Mudah Mengurangkan Storan Data Sistem (Others)!

KATA LALUAN ATAU PASSWORD UNTUK DIKESAN SEMULA

1. Tekan Google Chrome di telefon pintar anda

Kata laluan atau password

2. Tekan titik 3 di bahagian atas kanan

Kata laluan atau password

3. Pergi ke bawah dan tekan tetapan (settings)

4. Kemudian tekan kata laluan (passwords)

5. Kelihatan banyak kandungan laman web yang pernah anda ‘log ini’

6. Tekan website anda mahu dan tekan ikon mata untuk lihat kata laluan

7. Akhir sekali, kata laluan laman web yang anda ingin tahu akan terpapar

Selamat mencuba!

VIDEO PENUH:

Sumber: Tiktok Hafizi Zain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×