Teknologi

Pengguna iPhone, Ini Cara Mudah Mengurangkan Storan Data Sistem (Others)!

12
SHARES

Kebanyakkan ruang storan di telefon pintar, digunakan untuk menyimpan banyak gambar dan video yang digemari. Walaupun, anda miliki memori yang besar namun ianya tidak akan pernah cukup dan pastinya akan penuh juga.

Setiap waktu, ada saja saat-saat yang ingin disimpan dalam telefon pintar untuk dilihat semula. Betul tak?

Justeru itu bagi pengguna iPhone, ikuti perkongsian ini bagaimana untuk mengurangkan storan data sistem ‘others’ yang memiliki data tinggi, tetapi tidak menyimpan data yang banyak.

Baca juga: Selalu Sangat ‘Lunyai’, Bapa Kongsi Cara Buat Kod QR 3D Kad Kehadiran Pelajar Untuk Anak!

PENGGUNA iPHONE, INI CARA MUDAH MENGURANGKAN STORAN DATA SISTEM (OTHERS)!

Cara mudah mengurangkan storan data sistem (others).

Ramai pengguna iPhone pelik mengapa data “Others” tiba-tiba tinggi sedangkan mereka tidak menyimpan data sebanyak itu.

Perlu diingatkan, setiap aplikasi yang dipasang akan menyimpan fail Cache yang bertujuan untuk mempercepatkan prestasi saat membuka atau menggunakan aplikasi.

Selain itu, fail “tugasan” yang anda simpan dalam satu-satu aplikasi juga dianggap sebagai data “Others”.

CARA MUDAH UNTUK BUANG DATA TERSEBUT

1. Seting – Umum – Storan iPhone

2. Pilih aplikasi yang banyak menggunakan data. Contohnya Facebook yang menggunakan Dokumen dan Data sebanyak 202.9MB.

3. Sila buang aplikasi Facebook dan mula semula (restart) dan pasang kembali aplikasi tersebut.

4. Kemudian semak semula di Seting – Umum – Storan iPhone

Anda boleh lihat Dokumen dan Data telah berkurangan dari 202.9MB kepada 37.2MB.

5. Ulang langkah ini pada aplikasi yang banyak menggunakan storan.

6. Pastikan anda turut Kosongkan Sejarah dan Data Tapak di pelayar web Safari.

Seting – Safari – Kosongkan Sejarah dan Data Tapak.

Twit semula maklumat ini dan kongsi berapa kapasiti yang berjaya anda turunkan setelah mengikuti langkah tersebut.

Lepas ini, bolehlah anda ambil gambar dan video banyak-banyak. Tak perlu risau lagi kalau memori tak cukup, sebabnya dah tahu helah ini. Selamat mencuba ya!

Sumber: Twitter Xavier Naxa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×