Inspirasi

Selalu Sangat ‘Lunyai’, Bapa Kongsi Cara Buat Kod QR 3D Kad Kehadiran Pelajar Untuk Anak!

132
SHARES

Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian kita setelah dunia kini, berada dalam era pandemik COVID-19. Termasuk perubahan sistem persekolahan terutamanya sistem kehadiran pelajar.

Jika sebelum ini, guru akan masuk ke dalam kelas untuk memanggil nama murid sebelum ditanda dalam buku kehadiran pelajar. Tetapi kini, bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pelajar hanya perlu menggantungkan kod QR di leher untuk mudahkan guru mengimbas kehadiran mereka.

Baca juga: Maksud Di Sebalik Warna Emoji ‘Hati’…Barulah Tak Salah Faham Bila Guna!

BAPA KONGSI CARA BUAT KOD QR 3D KAD KEHADIRAN PELAJAR UNTUK ANAK!

Disebabkan itu, seorang bapa bernama Narizam telah mencipta kod QR kad kehadiran pelajar anaknya dalam bentuk 3D. Ekoran sebelum ini, kertas kod QR 2D yang di laminate untuk anaknya sering kali lunyai selepas beberapa hari dicetak. Mari ikuti pengalaman beliau sewaktu menciptanya.

Tukang 3D

Sebelum ini dah berkali-kali print kad kehadiran pelajar untuk anak. Selang beberapa hari mesti minta print dan laminate balik yang baru.

Hari ini bertukang ajar anak sulung guna app CAD dan asas penggunaan machine printer 3d.

CARA BUAT 3D KOD QR GUNA APLIKASI CAD & MESIN PENCETAK 3D

1. Scan guna app barcode scanner dan transfer image ke komputer.

2. Dalam komputer convert image jadi dxf file untuk mudah dibaca oleh CAD app.

3. Lepas itu, setiap petak barcode diperhaluskan dengan lebih terperinci. Lain-lain detail main taip-taip saja terus. Image 2D diubah menjadi 3D dalam aplikasi CAD.

4. Siap berbentuk kad seperti yang diinginkan, terus export file jadi STL serta slice menggunakan aplikasi khas menjadi file GCODE untuk ianya mudah dioperasikan oleh machine printer 3D.

Alhamdullilah, tag nama anak siap. Tapi tak pasti adakah machine scanner di sekolah esok dapat scan seperti mana aplikasi scanner dari phone. Tapi tak apalah, kalau tak berjaya juga lain kali boleh cuba lagi.

PERKONGSIAN PROSES PEMBUATAN 3D KOD QR… JANGAN PUTUS ASA!

Yang pertama gagal, terus cuba dengan idea putih.

Warna putih hitam boleh scan guna app barcode scanner phone, yang coklat tak dapat…sebab bentuk barcodenya tak begitu menyerlah berbanding warna latar belakang putih.

Anak sulung tolong buat pemeriksaan corak barcode dalam CAD app. Ajar sikit-sikit hari ini. Lama-lama InsyaAllah semoga dapat bantu buat kerja design yang lain.

Mana tahu nanti dapat master app blender. Saya sendiri pun masih lagi cuba belajar nak guna blender. Parah juga nak faham, mungkin faktor umur.

Cubaan secara kasar print dengan kesan tenggelam.

Cubaan scan dan membezakan data antara dua QR code.

Alhamdullilah, hasil bacaan code mendapat keputusan data yang sama.

KEPUTUSAN HASIL UJIKAJI TEKNIK PRINT TENGGELAM

(EDIT) Dah cuba teknik print tenggelam. Boleh rujuk hasil ujikaji dalam gambar. Thank you semua.

PENGUBAHSUAIAN DIBUAT SETELAH MENERIMA CADANGAN IDEA ORANG RAMAI

Maaf! Disebabkan kerana tadi saya dah janji nak uji idea yang dicadangkan oleh kawan-kawan.

Dengan ini saya telah membuat print QR code menjadi bentuk keychain untuk anak sulung saya.

Saya atasi masalah shadow dan masalah sukar nak scan tadi dengan menenggelamkan warna hitam. Mula-mula saya guna teknik spray hitam dan sanding permukaan atas untuk kembalikan bahagian yang berwarna putih.

Tetapi saya tak puas hati dengan hasil akhir. Maka saya ubah lagi dengan menggunakan teknik pause iaitu menukar filament setelah mencapai paras ketinggian yang telah saya tentukan sebelum mula print.

Boleh rujuk gambar terbaru yang saya upload.

Akhirnya berhasil menggunakan teknik print secara tenggelam.

  • Dua yang paling atas menggunakan teknik spray dan sanding bahagian.
  • Yang ketiga dibuat dengan menggunakan teknik biasa iaitu “teknik pause print”. Menukar filament selepas ianya berhenti dalam ketinggian tertentu, yang telah saya set sebelum mula print.
  • Bawah sekali QR code asal.

Kesemua yang di print tadi boleh di scan menggunakan QR code reader.

BUAT KOD QR PERBANKAN BOLEH KE?

Tadi ada yang tanya kalau buat QR code untuk banking boleh ke guna cara ini?

Jawapan saya “boleh” selagi hasil print sama dan tidak berubah dari bentuk petak QR code yang asal.

Boleh scan QR code ini menggunakan QR code scanner telefon anda untuk tahu lebih lanjut.

Terima kasih semua sebab banyak membantu pada hari ini. InsyaAllah info-info lebih berkenaan teknik dan kelebihan berkaitan 3D print saya akan kongsikan lagi di masa-masa yang akan datang bersama konsep idea yang berbeza.

Mungkin tools, mungkin barang hiasan, mungkin alat ganti kegunaan harian di rumah.

InsyaAllah, semoga apa yang saya kongsikan ini boleh menjadi salah satu perkara yang boleh membawa manfaat kepada kalian yang memerlukannya. Terima kasih.

Sementara itu, di ruangan komen ramai yang berkongsikan pendapat dan mengucapkan syabas kepada beliau atas usahanya yang tidak berputus asa untuk belajar.

Walaupun, pada mulanya beliau buat hanya sebagai hobi dan suka-suka untuk permudahkan urusannya.

Hebatnya bapa ini. Tahniah Encik Narizam! Semoga dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada masyarakat melalui hasil usahanya itu.

Sumber: Facebook Narizam via Tukang Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×