DIY & Kraf

Cara Buat QR Code Guna Untuk Dokumen & Web. Tak Payah Download Apps, Senang!

2.1K
SHARES

Pernah tak nampak QR Code?

QR Code ni lebih kurang macam Barcode yang kita selalu tengok pada produk yang dijual dekat pasar raya tu. QR adalah singkatan untuk ‘Quick Response’ atau ‘respon / maklumbalas yang pantas’.

Berbeza dengan barcode yang digunakan dalam industri retail, penerbitan buku, atau farmasi, QR Code ni lain sikit sebab ia boleh digunakan dan dihasilkan dengan mudah oleh orang awam.

Menurut Amanz.my, antara kegunaan QR Code antaranya adalah:

  • Alamat laman web / URL
  • Kandungan Teks (250 aksara)
  • Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
  • Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)

Sekarang ni kita tengok dah banyak events pun guna QR Code untuk para peserta mengakses maklumat dengan mudah. Ada juga yang gunakan pada Kad Kahwin, Nota Kelas & macam-macam lagilah.

Jadi, macam mana nak buat QR code ni sebenarnya?

Mudah saja. Jom kita tengok langkahnya yang dikongsikan oleh Farhana Farik ini.

Cara Buat QR Code Guna Untuk Dokumen & Web

1. Buka Google Drive

Mula-mula log in Google email masing-masing.

Kemudian boleh select Google Drive tu.

Cara buat qr code

2. Pilih Fail

Bila dah keluar paparan begini, tekan butang ‘New’.

Kemudian, akan keluar ikon macam dekat atas ni.

Teruskan dengan memilih fail yang kita nak jadikan QR Code tu.

Bila dah select, biarkan fail tu upload sampai habis.

Cara buat qr code

3. Klik Kanan & Tekan ‘Share’

Kemudian, right click. Nanti akan keluar ikon macam dalam paparan ni.

Tekan ikon ‘Share’.

Cara buat qr code

4. Pilih ‘Get Shareable Link’

Seterusnya pergi bahagian atas dan tekan butang hijau ‘Get Shareable Link’ dekat bahagian atas kanan tu.

Cara buat qr code

5. Copy Link

Link akan tertera pada line yang berwarna biru tu.

Copy link tersebut.

Cara buat qr code

Lepas tu buka laman web QR Code generator.

6. Paste Link

Kemudian terus paste kan link tadi. Kemudian tekan butang ‘Create’.

Cara buat qr code

Dah keluar dah QR Code tu, nampak?

7. Download & Save

Seterusnya tekan butang ‘Download’ untuk Save. Dia akan

Lagi elok terus rename dokumen tu supaya mudah nak cari balik.

Cara buat qr code

Mudah kan?

Sekarang dah bolehlah gunakan imej tadi dalam dokumen yang kita nak print atau kongsikan dalam laman web.

Selamat mencuba!

*Cara buat QR Code ini dikongsikan oleh Farhana Farik menerusi Facebook. Ia telah disunting dan dikongsikan semula dengan kebenaran. Rujuk post asal INI untuk sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya. Semoga membantu!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×