Famili

Elak Terus Terpedaya, Wanita ‘Bongkar’ Taktik Scammer Tipu Resit Pembayaran Guna QR

1
SHARES
imbas qr code

Dalam dunia yang serba moden ini, sudah ramai yang menggunakan transaksi wang melalui imbas QR code (Quick Response), pemindahan atas talian (online transfer), dompet digital (e-wallet) dan kad bank berbanding wang tunai.

Namun di sebalik kecanggihan ini, wujud sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan memalsukan dokumen penting seperti resit pembayaran bagi tujuan penipuan!

Baca juga: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Disalurkan Mulai Rabu 22 Januari 2025!

IMBAS QR CODE UNTUK PEMBAYARAN TAPI DUIT TAK MASUK, RUPANYA ADA RESIT TIPU!

imbas qr code

Foto: Freepik

Sangat merisaukan kini adalah sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, apatah lagi dengan kewujudan pelbagai taktik baharu yang direka oleh “scammer”. Seorang wanita menerusi akaun TikTok @sarahcybersec telah berkongsi tentang isu hangat dalam kalangan peniaga.

Dalam video tersebut, dia menjelaskan bagaimana scammer menggunakan taktik licik untuk memalsukan resit pembayaran dan melepaskan diri daripada membayar. Ternyata, sudah wujud aplikasi menjana resit palsu seolah-olah anda telah buat pembayaran!

Dengan aplikasi ini, scammer hanya perlu memasukkan maklumat seperti nama akaun bank penerima dan jumlah bayaran yang ingin dipalsukan. Tanpa mengambil masa yang lama, secara automatik aplikasi tersebut akan menghasilkan resit yang kelihatan sah dan meyakinkan.

Namun, yang menimbulkan masalah adalah resit ini hanyalah salinan palsu tanpa sebarang transaksi sebenar. Oleh kerana ia kelihatan seperti resit sebenar yang dijana oleh bank, ramai peniaga atau individu telah terpedaya. Dalam pada itu, wanita tersebut menekankan betapa pentingnya untuk peniaga memeriksa akaun bank mereka sebelum mengesahkan sebarang pembayaran.

Pastikan jumlah yang sepatutnya diterima benar-benar masuk ke dalam akaun bank anda, dan jangan hanya bergantung kepada resit yang ditunjukkan oleh pembeli. Jangan terus terpedaya!

@sarahcybersec hati hati okay peniaga kat luar sana🥰 #awareness #cybersecurity #trick #tips #scam #CapCut ♬ Hacker – NeskiBeats

Baca juga: Jangan Terlepas! Ini Senarai Semak Pelepasan Cukai 2024 Yang Boleh Dituntut Tahun Ini

Sumber: Tiktok @sarahcybersec

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×