Di Malaysia, individu pemastautin yang mempunyai punca pendapatan yang boleh dikenakan cukai berhak mendapat pelepasan cukai pendapatan. Pelepasan terbaharu adalah mengenai cukai pendapatan 2024.
Individu pemastautin merujuk kepada seseorang yang menetap di Malaysia bagi suatu tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah 182 hari atau lebih dalam suatu tahun taksiran. Bagi tahun 2024, berikut merupakan senarai pelepasan yang anda boleh dapat berdasarkan panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Baca juga: Cara Buat E-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran, Mudah!
SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN 2024 INDIVIDU
PELEPASAN INDIVIDU
1.Suami/Isteri/Alimoni kepada bekas isteri : RM4000
2.Individu dan saudara tanggungan : RM9000
3.Yuran pengajian diri sendiri: RM7000
-Di peringkat tertiari selain sarjana atau doktor falsafah
-Peringkat sarjana atau doktor falsafah
-Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (terhad RM2000)
4.Individu Kurang Upaya : RM6000
5.Suami/Isteri Kurang Upaya: RM5000
INSURANS DAN CARUMAN
1.Skim persaraan swasta dan anuiti tertangguh: RM3000
2.Insurans pendidikan dan perubatan (individu, suami, isteri atau anak) : RM3000
3.SSPN (Tabungan bersih): RM8000
4.PERKESO/SISTEM INSURANS PEKERJAAN: RM350
5.INSURANS NYAWA & KWSP: RM7000
-Premium insurans nyawa/caruman KWSP sukarela/wajib/ skim yang diluluskan (terhad RM4000)
GAYA HIDUP
1.Manfaat diri sendiri,pasangan atau anak: RM2500
-Pembelian atau langganan bahan bacaan
-Pembelian komputer peribadi, telefon pintar/tablet
-Bil langganan internet (nama sendiri)
-Yuran kursus peningkatan kemahiran/kemajuan diri
2.Pelepasan tambahan manfaat diri sendiri, pasangan atau anak: RM1000
-Pembelian peralatan sukan
-Sewaan/ fi di mana-mana pusat fasiliti sukan
-Fi pendaftaran pertandingan sukan
-Fi keahlian gimnasium/ latihan sukan
3.Pemasangan/sewaan/pembelian/yuran langganan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri: RM2500
PERUBATAN & KEPERLUAN KHAS
1.Perubatan diri sendiri, pasangan atau anak : RM10,000
-Penyakit serius
-Rawatan kesuburan (diri sendiri atau pasangan)
-Pemvaksinan (terhad RM1000)
-Pemeriksaan dan rawatan pergigian (terhad RM1000)
-TERHAD RM1000 BAGI:
*Pemeriksaan perubatan penuh
*Ujian pengesana Covid-19
*Pemeriksaan kesihatan mental/konsultansi
-Diagnosis/intervensi awal/pemulihan anak kurang upaya pembelajaran: Terhad RM4000
2.Perbelanjaan untuk ibu bapa: RM8000
-Perbelanjaan rawatan perubatan, rawatan pergigian, keperluan khas dan penjaga
-Pemeriksaan perubatan penuh (terhad RM1000)
3.Peralatan sokongan asas OKU (diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa): RM6000
PELEPASAN ANAK
1.Anak di bawah umur 18 tahun dan belum berkahwin: RM2000
2.Anak kurang upaya belum berkahwin: RM6000
3.Anak kurang upaya: RM8000
-Umur 18 tahun ke atas
-Belum berkahwin
-Belajar sepenuh masa (Diploma dan ke atas di Malaysia/Ijazah dan ke atas luar Malaysia)
4.Anak-18 tahun dan ke atas
-RM 2000 : Belum berkahwin & belajar sepenuh masa
-RM 8000 : Belum berkahwin & belajar sepenuh masa (Diploma dan ke atas di Malaysia/Ijazah dan ke atas luar Malaysia)
5.Yuran taska/tadika berdaftar: RM3000
-Berumur 6 tahun dan ke bawah
-Dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri
6.Pembelian peralatan penyusuan: RM1000
-Pembayar cukai wanita sahaja
-Anak berumur kurang 2 tahun
-Potongan sekali setiap 2 tahun taksiran
*Selamat membayar cukai dan harapnya banyak pelepasan yang dapat!
Baca juga: Ini Jumlah Pendapatan Isi Rumah Untuk Jadi Golongan T15 Ikut Negeri, Semua Bayaran Meningkat!
Sumber: X @IkhwanFinancialPlanner
Foto: plctax.solutions