Hebahan

Mak Ayah Boleh ‘Tuntut’ Cukai RM2000 Jika Hantar Anak Ke Taska & Pra Sekolah Berdaftar

1.8K
SHARES

Mungkin sehingga kini ramai ibu bapa tidak tahu bahawa sebenarnya anda boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM2,000 untuk anak berusia enam tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak atau pra sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding RM1000 sebelum ini.

Ini adalah cara yang anda boleh buat dan senarai pusat asuhan dan pra-sekolah berdaftar yang anda boleh anak-anak. Boleh dapat pelepasan cukai juga kan?

SENARAI PELEPASAN CUKAI YANG BOLEH DITUNTUT

Ini adalah infografik rasmi yang dikeluarkan oleh LHDN Malaysia mengenai senarai pelepasan yang anda boleh tuntut dalam pengiraan cukai setiap tahun.

MACAM MANA NAK SEMAK SENARAI TASKA/ PRA SEKOLAH YANG BERDAFTAR

1. Untuk membuat semakan, layari laman web Jabatan Kebajikan Malaysia. Pergi ke bahagian perkhidmatan kanak-kanak dan pilih Senarai Taska Berdaftar. Kalau ada taska anak anda, boleh dapat pengecualian tersebut.

2. Selain dari menggunakan website JKM, ibu bapa juga boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia E-Prasekolah.

Sebelum membuat semakan, ibu bapa perlu membuat pendaftaran dulu di laman tersebut. Setelah selesai pendaftaran, buat semakan senarai pra-sekolah yang berdaftar.

KATEGORI TASKA

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori Taska seperti berikut:

1. TASKA DI INSTITUSI

-Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan

-Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan

2. TASKA DI TEMPAT KERJA

-Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan

-Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

3. TASKA KOMUNITI

-Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan

-Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri

4. TASKA DI RUMAH

-Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan

-Dijalankan di kediaman sendiri

*Pastikan anda simpan resit pendaftaran anak-anak ke pusat asuhan/ pra-sekolah yang didaftarkan dengan JKM atau KPM bagi membolehkan anda claim RM 2,000 sebagai pelepasan cukai.

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×