Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen jam 4 petang tadi.
Bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’, ia adalah belanjawan ketiga oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Baca juga: Kecoh Majikan Berhentikan Kerja, Ini Cara Kira Anggaran Wang Pampasan Supaya Tak Rugi!
BELANJAWAN 2025, BANTUAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN
Belanjawan kali ini juga menyediakan sesuatu untuk semua golongan, termasuk petani, nelayan, pekebun kecil, pekerja yang dibayar gaji secara harian, generasi muda yang mencari pekerjaan serta suri rumah dan pekerja gig.
Memandangkan kebimbangan terhadap inflasi dan kos sara hidup semakin meningkat, rakyat menjangkakan Belanjawan 2025 akan menyediakan langkah baharu untuk membantu rakyat menguruskan kehidupan harian, seperti insentif cukai, bantuan tunai bersasar dan subsidi harga barang keperluan asas.
1.Keluarga dalam kategori T15 yang masuk ke sekolah asrama, SBP akan dikenakan kenaikan yuran. Begitu juga apabila urusan di hospital, kerana akan membantu golongan lain.
2.Untuk tahun 2025, kerajaan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada 13 bilion ringgit ketimbang 10 bilion ringgit. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
-Tahun hadapan, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulan, ketimbang 700
ribu penerima tahun ini.
-Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli
barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar
raya dan kedai runcit seluruh negara.
–Kategori bujang akan menerima STR 600 ringgit.
BANTUAN RAKYAT MISKIN JUGA DITINGKATKAN KEPADA RM600
Penambahan peruntukan 3 bilion ringgit membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada 4,600
ringgit, ketimbang 3,700 ringgit. Ini adalah langkah diambil serta kebijakan ekonomi yang merupakan peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.
Bukan itu sahaja, kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan:
– Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgit sebulan ketimbang 500 ringgit sebulan.
Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu:
-Daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah; serta
– Daripada 150 ringgit kepada 200 ringgit seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun; tertakluk kepada kadar maksimum 1,000 ringgit sekeluarga.
Bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November depan melibatkan peruntukan 1.7 bilion ringgit.
*Terima kasih PMX!
Baca juga: Naik 15%, Ini Simulasi Fasa 1 & 2 Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bermula Disember Nanti
Sumber: RTM