Pengumuman khas dan perincian mekanisme pengiraannya yang berkaitan dengan kenaikan gaji penjawat awam 2024 yang melibatkan 1.5 juta kakitangan dibuat oleh kerajaan pada 16 Ogos 2024 semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sebelum ini, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji sehingga 15% untuk semua penjawat awam persekutuan mulai Disember 2024.
Baca juga: Bakal Mentua Mata Duitan, Minta ‘Up’ Wang Hantaran Jadi RM18 Ribu Ikut Kenaikan Gaji
GAJI PENJAWAT AWAM 2024 NAIK 15%
Difahamkan kenaikan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa pada 1 Disember 2024 adalah berdasarkan prestasi dan tidak secara automatik, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenaikkan gaji yang bakal dilaksanakan akan dibahagikan kepada dua kumpulan penjawat awam iaitu:
1.Bagi kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional, mereka akan menikmati kenaikkan gaji sebanyak 15 peratus.
2.Manakala bagi kumpulan pengurusan tertinggi pula akan menikmati kenaikkan sebanyak tujuh peratus.
Tambah Perdana Menteri, kenaikkan ini dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu Fasa 1 pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.
Dalam Fasa 1, kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional akan menikmati kenaikkan gaji sebanyak lapan peratus dan Fasa 2 pula sebanyak tujuh peratus. Bagi kumpulan pengurusan tertinggi pula, mereka akan menerima kenaikkan gaji sebanyak empat peratus dalam Fasa 1 dan baki tiga peratus pada Fasa 2.
Perdana Menteri juga turut memberikan simulasi jumlah pendapatan bulanan yang bakal dinikmati oleh penjawat awam. Simulasi berkenaan berdasarkan beberapa gred jawatan dalam perkhidmatan awam. Misalnya, bagi Pembantu Hidupan Liar Gred G11 yang menerima gaji sebanyak RM1,796 pada November, mereka akan menerima gaji sebanyak RM2,115 pada Disember selepas Fasa 1 kenaikkan gaji dilaksanakan.
Seterusnya selepas Fasa 2 dilaksanakan pada 1 Januari 2026, gaji yang diterima adalah RM2,327.
Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41(T5) bergaju RM3,838, gaji akan diterima selepas Fasa 1 adalah sebanyak RM4,085.04. Manakala gaji yang diterima selepas Fasa 2 pula adalah sebanyak RM4,559.24.
Baca juga: Majikan Tak Bayar Gaji & Carum KWSP, Ini 6 Langkah Anda Kena Buat Untuk ‘Ajar’ Mereka!
Sumber: BERNAMA