Setiap kali melalui proses mencari kerja, perkara utama yang akan dipandang adalah berapa jumlah gaji yang akan dibayar. Kalau gaji rendah tapi skop kerjanya sangat banyak, sudah semestinya akan ‘direject’ terlebih dahulu kerana dianggap tidak setanding kudrat yang dikeluarkan.
Namun, jangan disangka bahawa kerja gaji rendah sebegini tidak ada orang yang buat kerana masih ada yang cuba mencari rezeki walaupun pendapatan itu rendah. Berikut merupakan antara 11 pekerjaan yang gajinya sedikit namun tugasannya sangat berat!
Baca juga: 10 Jenis Pekerjaan Boleh Buat Di Luar Negara, Nampak Macam ‘Cikai’ Tapi Gaji Lumayan!
11 PEKERJAAN GAJI RENDAH TAPI KERJA PALING BANYAK KENA BUAT!
1.Pemandu Teksi
Sejak zaman sekarang, ramai pemandu teksi menghadapi persaingan terutamanya dengan kehadiran pemandu e-hailing. Mereka mendapat pendapatan yang tidak menentu dan pemandu teksi juga perlu bekerja berjam-jam, termasuk waktu malam dan hujung minggu.
2.Pelayan Restoran
Pekerjaan ini sering dianggap tidak memerlukan kemahiran khusus, walaupun sebenarnya sangat memerlukan kesabaran, kecekapan, dan kemahiran interpersonal. Bergantung kepada jenis restoran, gaji pokok mungkin rendah, dan mereka perlu bergantung kepada tip daripada pelanggan yang tidak menentu. Malah keadaan tempat kerja yang perlukan anda berdiri dalam tempoh yang lama, berurusan dengan pelanggan yang sukar, dan bekerja dalam persekitaran yang bising dan sibuk.
3.Juruteknik
Sesetengah bidang teknikal mungkin mempunyai juruteknik yang ramai, menyebabkan gaji lebih rendah. Malah, juruteknik juga sering menghadapi tekanan untuk menyelesaikan masalah teknikal dengan cepat dan berkesan. Bukan itu sahaja, pekerjaan ini juga mungkin menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kecederaan di tempat kerja.
4.Pengawal keselamatan
Walaupun menggalas tanggungjawab besar, pekerjaan ini sering dianggap tidak memerlukan kemahiran khusus. Malah, waktu kerja yang panjang dan pengawal keselamatan sering bekerja syif, termasuk waktu malam dan hujung minggu menyebabkan mereka selalu letih.
5.Pegawai khidmat pelanggan
Khidmat pelanggan atau customer service perlu berurusan dengan pelanggan yang marah atau kecewa boleh menjadi stress.
Bukan sahaja terikat dengan skrip yang membosankan malah gaji pokok ditawakan juga mungkin rendah, terutamanya di pusat panggilan.
6.Pengasuh
Kerja dalam bidang penjagaan kanak-kanak sering dianggap sebagai kemahiran semula jadi wanita, dan bukannya profesion yang memerlukan kemahiran dan latihan. Sedangkan inilah pekerjaan yang memerlukan kemahiran pakar kerana berurusan dengan kanak-kanak. Pengasuh, terutamanya yang bekerja secara bebas, mungkin tidak mempunyai akses kepada faedah seperti insurans kesihatan dan cuti bergaji.
7.Kerani
Tugas sebagai kerani sering dianggap sebagai kemahiran rendah namun, bidang ini memerlukan ketelitian dan kemahiran organisasi. Setiap hari dilambakkan dengan kerja namun gaji pokok kerani biasanya rendah, terutamanya di syarikat kecil.
8.Pekerja binaan
Keadaan kerja sebagai pekerja binaan sangat terdedah kepada risiko kecederaan dan kemalangan di tapak binaan. Ditawarkan dengan gaji rendah seperti gaji harian atau kontrak tapi pekerjaan ini memerlukan stamina dan kekuatan fizikal.
9.Pekerja runcit
Gaji pokok pekerja runcit seperti di kedai biasanya rendah. Malah, waktu bekerjanya juga tidak menentu dan mungkin perlu bekerja syif, termasuk waktu malam dan hujung minggu.
10.Penghantar makanan/rider
Pekerjaan sebagai penghantar makanan atau food rider mempunyai pendapatan bergantung kepada bilangan penghantaran yang dibuat, yang dipengaruhi oleh faktor seperti cuaca dan permintaan. Bukan itu sahaja, penghantar makanan juga terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.
11.Pekerja kilang
Bekerja kilang sering melibatkan tugas yang berulang dan membosankan. Ikut kepada jenis kilang yang mereka bekerja, ada keadaan sekeliling yang sangat mencabar seperti bising dan panas. Malah, gaji pokok pekerja kilang biasanya rendah yang menyebabkan ramai dalam kalangan pekerja asing sahaja yang masuk dalam industri ini.
*Teruskan semangat juang dalam bekerja, yang penting rezekinya halal ya semua…
Baca juga: 10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!
Sumber: MySumber
Foto: Kosmo