Famili

10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!

62
SHARES
pekerjaan paling dicari

Nampaknya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kali ini telah diumumkan. Ada yang mendapat keputusan cemerlang dan ada yang kurang memuaskan. Namun, apa yang penting adalah untuk langkah yang seterusnya di tahap pengajian tinggi, anda memilih bidang pengajian yang selari dengan permintaan pekerjaan di Malaysia. Tapi, bidang pekerjaan paling dicari itu apa ya?

Untuk mengelakkan dari anak-anak menganggur, mak ayah perlu beri pendedahan secara meluas mengenai bidang pengajian yang diperlukan pada zaman sekarang supaya mereka tidak terlampau ‘berangan’. Jadi, berikut merupakan antara 10 bidang pekerjaan paling laku keras yang boleh dicuba!

Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

10 BIDANG PEKERJAAN PALING DICARI DAN LAKU KERAS!

pekerjaan paling dicari

1.PENDIDIKAN

Inilah yang menjadi idaman buat pakcik makcik zaman dahulu untuk mendedahkan anak-anak mereka terlibat dalam bidang pendidikan kerana kerjaya terjamin. Sehingga kini, bidang pendidikan menjadi pilihan ramai dan sudah pasti merupakan bidang kerja paling laku. Namun, menjadi seorang pendidik bukanlah mudah khususnya pada era sekarang kerana perlu mempertingkatkan kesedaran perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Fakta mengatakan bahawa sebanyak 59.1% daripada penggengam ijazah pendidikan mudah mendapat pekerjaan dan tidak menganggur.

2.PERNIAGAAN

Perasan tak sekarang ini sudah ada pelbagai jenis perniagaan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan bukan? Hal ini kerana, ramai dalam kalangan mereka yang menggemgam ijazah dalam bidang ini dilihat sebagai golongan profesional yang berjaya. Mendapat pulangan keuntungan yang tinggi, apa yang mereka perlu lakukan adalah memulakan perniagaan yang kreatif untuk orang ramai.

3.KEJURUTERAAN

Semakin banyak pembangunan yang dinaikkan, semakin banyak tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan ini diperlukan. Bukan sahaja dalam pembinaan, apa yang membuatkan mereka yang pakar dalam bidang ini beruntung adalah mereka boleh bekerja di pelbagai bidang besar seperti industri pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan dan pengurusan. Kajian juga mendapati sebanyak 62.8% mereka yang berjaya dalam bidang ini mudah mendapatkan pekerjaan.

4.SAINS MATEMATIK

Mungkin tidak ramai dalam kalangan kita yang meminati bidang sains dan matematik bukan? Bidang sains dan matematik serta statistik memupuk kemahiran pelajar untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri. Memang merupakan antara bidang yang sukar dan tidak semua mempunyai kemahiran tahap ini, menjadikan bidang sains matematik ini laku keras!

5.SAINS KOMPUTER

Selain sains matematik, bidang sains komputer juga menjadi bidang yang mendapat tempat di pasaran kerja. Kalau anda nak tahu, bidang sains komputer ini adalah berkaitan pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat. Jadi, apa yang akan dilakukan adalah dari segi perkakasan mahupun perisian canggih mengikut kepada teknologi yang semakin membangun. Jadi, sesiapa yang mahir dalam bidang IT ini sangat diperlukan dalam sektor pekerjaan dan katanya gaji pun boleh tahan tinggi.

6.MARKETING DIGITAL

Zaman sekarang semuanya digital, kebanyakkan syarikat di Malaysia memang memerlukan graduate yang pandai digital seperti marketing digital, digital writter, digital video kerana semua itu memudahkan dan mengurangkan kos pengambilan kerja. Selain itu adalah dapat menyebarkan maklumat dengan cepat.

7.SENI BINA

Sebut mengenai seni bina mesti ramai yang fikir bahawa ia mengenai binaan bukan? Sebenarnya, kursus pengajian ini sangat unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Bukan itu sahaja, pentingnya bidang ini adalah untuk membentuk persekitaran manusia seperti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan. Sebanyak 71.3% daripada graduan berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang ini.

8.PERUBATAN DAN PERGIGIAN

Inilah antara bidang yang sering diperkatakan oleh orang ramai sebagai antara bidang yang sudah dijanjikan akan mendapat pekerjaan. Bukan sahaja bidang ini melibatkan kos pengajian yang termahal iaitu lebih RM 100,000 selama 5 tahun malah, ini tidak termasuk kos yang perlu ditanggung jika mengalami kegagalan dalam subjek dan terpaksa ulang pengajian ya.

Hampir 95%pelajar perubatan dan pergigian akan mendapat peluang pekerjaan dan bergelar ‘DR’. Memang besar tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan nyawa.

9.SAINS VETERINARI

Buat pencinta haiwan, bidang ini mungkin akan menjadi tumpuan kerana peluang pekerjaan di luar sana adalah sehingga 85%! Mungkin pekerjaan dalam bidang ini mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya melibatkan doktor veterinar Muslim kerana menyentuh haiwan yang diharamkan dalam Islam. Namun sekarang, kesedaran mengenai hal ini telah tersebar luas dan ramai yang sudah tahu mengenai rukun samak  dan menerapkan nilai kasih sayang kepada haiwan.

10.PARAMEDIK/KEJURURAWATAN

Bidang paramedik dan kejururawatan merupakan antara bidang yang sebelum ini hanya dipandang sesuai untuk kaum wanita sahaja. Namun, sebenarnya bidang kejururawatan ini amat penting untuk membantu doktor dalam merawat atau membantu pesakit. Jangan risau, bidang ini telah mendapat tempat dalam kalangan kaum lelaki juga yang boleh membantu merawat pesakit.

pekerjaan paling dicari

*Jadi buat adik-adik atau mak ayah yang masih tercari-cari bidang apa yang boleh difokuskan untuk masa hadapan yang cerah, boleh pilih 10 bidang ini. Janganlah hanya ada cita-cita nak jadi influencer sahaja kan..

Sumber: MauKerja

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×