Nur

Pakai Stokin Masa Ambil Wuduk, Sah Atau Tidak? Ini Jawapannya WAJIB Tahu!

17
SHARES
cara berwuduk

“Cuaca sejuk ni dekat Istanbul, kalau cara berwuduk dengan stokin sah atau tidak ya?”

Kalau anda perasan apabila berada di luar negara, ada juga dalam kalangan orang Arab yang mengambil wuduk dengan tidak menanggalkan stokin yang dipakai. Lalu anda tertanya-tanya sama ada perbuatan tersebut sah atau tidak wuduk yang diambil.

Jadi, untuk merungkaikan persoalan ini, berikut merupakan penerangan yang lebih jelas supaya menjadi panduan khususnya buat anda yang akan ke negara beriklim sejuk!

Baca juga: Checklist 32 Barang Yang Boleh Dibawa Ketika Tunaikan Haji, Tak Pening Nak Kemas Beg!

CARA BERWUDUK DENGAN STOKIN, SAH ATAU TIDAK ?

cara berwuduk

Perbahasan wuduk lazim menyentuh isu menyapu khuf (stokin kulit) dan ia adalah diharuskan seperti mana warid dari hadith-hadith dan kitab-kitab fiqh. Namun menyapu ke atas stokin dari bahan-bahan selain kulit, adakah diharuskan ?

Kami meringkaskan perbincangan ini dengan mengutip pendangan Imam Abdullah at-Talīdī رحمه الله didalam ((إتمام المنة بشرح منهاج الجنة في فقه السنة)). Kesimpulannya, diharuskan menyapu ke atas stokin yang diperbuat selain dari kulit seperti wol, kain & bulu. Dalilnya daripada Mughīrah, beliau berkata :

توضأ النبي ﷺ ومسح على الجوربين والنعلين.

“Nabi ﷺ berwuduk dan Baginda menyapu keatas kedua sarung kaki & sepatunya”.

HR Abū Dāwūd, Ibn Mājah, Ibn Abī Shaybah & at-Tirmidhī serta dihukum sahih olehnya, Ibn Hazm & Ibn Daqīq al-`Ayd.

Beliau menyatakan keharusan menyapu ke atas khuf & stokin berlaku setelah sempurna syarat ini :

1) Ia dipakai setelah berwuduk.

2) Menutup kedua buku lali.

3) Tempoh tertentu, yakni bagi bermukim adalah sehari semalam & 3 hari bagi musafir.

4) Sapuan hanya dilakukan dibahagian atasnya sahaja.

5) Wajib ditanggalkan apabila berlaku janabah.

Kesemua poin ini mempunyai dalil dari hadith yang warid. Namun memadai kami ringkaskan untuk memudahkan kefahaman orang awam. Perbahasan ini juga lebih kurang sama dengan isu menyapu serban di kepala seperti yang dinyatakan oleh al-Mughīrah :

توضأ النبي ﷺ ومسح على الخفين وعلى العمامة.

“Nabi ﷺ berwuduk dan Baginda menyapu kedua khuf & serbannya.”

HR at-Tirmidhī & mempunyai shawāhid dari riwayat Muslim & Abū Dāwūd.

Bahkan Ibn Hazm didalam “al-Muhallā” (2/58) mengharuskan menyapu pakaian yang ada di kepala seperti kerudung & kopiah ; serta diharuskan juga keatas lelaki mahupun perempuan. Ibn Qayyim didalam “al-Hadyu an-Nabawī” pula menyatakan adakalanya Baginda ﷺ menyapu kepalanya, adakalanya sekadar menyapu serban, adakalanya menyapu serban dan sebahagian kepala (ناصية)..”.

Pandangan ini juga didokong oleh ash-Shawkānī didalam “Nayl al-Awtār”.

cara berwuduk

Kesimpulannya, menyapu stokin adalah salah satu sunnah Rasulullah ﷺ sepertimana yang warid dari hadith. Bahkan menyapu khuf juga adalah sebuah syiar Ahli Sunnah & mereka yang mengingkarinya adalah ahli bidaah seperti yang dinyatakan oleh Imam Baghawī dalam “Sharh as-Sunnah”. Seseorang diberi pilihan untuk membasuh kaki seperti biasa atau menggunakan khuf atau stokin.

Jika memilih metod kedua, maka wajiblah dia melazimi peraturan dan syarat menggunakan khuf & stokin seperti yang telah dinyatakan diatas. Perbuatan ini juga kebiasaan umat Islam di negara-negara cuaca sejuk. Jarang mereka (bahkan tidak ada) menggunakan khuf, sebaliknya kebanyakannya (atau semua) menggunakan stokin.

Berapa juta solat orang tidak sah jika kita menafikan keabsahan sunnah tersebut? Ini adalah isu furū’. Menghukum pelaku dengan tuduhan jahil & sesat ; bahkan mengasingkan diri dari jemaah yang mengamalkannya melambangkan sikap taksub & fanatik kerana terdapat dalil yang menunjukkan Rasulullah ﷺ melakukan hal yang sama.

Walhal berjemaah adalah anjuran agama. Maka hendaklah agamawan bersikap berlapang dada menghadapi khilaf. Sikap taksub tidak menghasilkan apa-apa keuntungan, bahkan memecahkan kesatuan umat Islam yang menguntungkan musuh-musuh Islam sendiri.

Semoga ciapan ini bermanfaat. Wallahu a`lam.

Sumber: Twitter @HSRembaoui

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×