Nur

Checklist 32 Barang Yang Boleh Dibawa Ketika Tunaikan Haji, Tak Pening Nak Kemas Beg!

63
SHARES
checklist barang haji

Nampaknya, kini telah masuk musim ramai dalam kalangan umat Islam sedang berangkat untuk menunaikan ibadah Haji. Mesti tak sabar nak sampai di ‘Rumah Allah’ bukan? Jadi, di samping membuat persiapan diri untuk ke rumah Allah, persiapan dari segi kelengkapan dan makanan yang bakal dibawa ke sana juga adalah penting.Kena ada checklist barang haji supaya tak tertinggal!

Jadi, berikut merupakan checklist barang keperluan haji yang boleh dibawa ke kota Mekah supaya mudah segala urusan keperluan sendiri nanti. Selamat menunaikan haji!

Baca juga: Cara Pergi Haji Guna Pakej Swasta, Kena Ambil Tahu Elak Ditipu

CHECKLIST BARANG HAJI YANG BOLEH DIBAWA, TAK PENING NAK PACKING!

checklist barang haji

Assalamualaikum. Ramai juga yang bertanya saya apa yang perlu dibawa untuk kembara haji mereka. Berikut adalah cadangan dari saya bersama rakan-rakan sebilik di Hotel Abraj Jannadiriyah pada musim haji tahun lepas iaitu 2022. Semoga ia memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Saya mohon maaf sekiranya ada kekurangan.

1. Mini telekung / telekung pendek – 4 helai

2. Jubah – 3 pasang. Jubah yang paling selesa bagi saya adalah dari jenis kain cotton, terutamanya ketika berada dalam khemah di Arafah dan Mina. Walaupun dalam khemah ada aircond, namun siang harinya tak terasa langsung hawa aircondnya.

3. Jubah seluar / blouse labuh bersama seluar panjang – 3 pasang (Uniform melontar saya ialah blouse labuh bersama seluar panjang)

4. Baju tidur – 2 pasang ( saya bawa baju kebangsaan mak-mak semalaya iaitu baju kelawar)

5. T-shirt – 2 helai ( utk pakai dalam bilik )

6. Kain batik – 1@2 helai

7. Tuala – 2 helai ( saya bawa 1 tebal utk kegunaan di hotel dan 2 helai jenis nipis quick dry brand decathlon untuk kegunaan di Masyair. Yang nipis tu, 1 besar, 1 kecil)

8. Tudung sarung – 2 @ 3 helai

9. Stokin & handsock – 4 pasang. (Dicadangkan lelaki bawa juga stokin untuk mengelakkan tumit kaki pecah)

10. Selipar sarung – 1 pasang ( saya guna selipar untuk ke masjid sebab mudah untuk buka dan sarung (pakai) dengan cepat. Saya guna selipar plastik sebab mudah untuk ke bilik air semasa di Masyair / Arafah & Mina. Pilih selipar yang tidak sakit kaki untuk berjalan jauh. Saya guna selipar plastik jenama Birkenstock). Alhamdulillah selesa dan kaki langsung tak sakit.

Suami saya pula, pakai kasut jenis loafers bersama stokin untuk ulang alik ke masjid, kerana itu yang paling selesa, tumit tak pecah dan cepat untuk buka dan sarung balik semasa masuk dan keluar masjid. Running shoes tidak praktikal untuk ulang alik ke masjid sebab ambik masa untuk buka dan pakai balik (rumit) semasa keluar masuk masjid. Agak bahaya dengan orang yang ramai untuk kita mencangkung/duduk semasa buka dan pakai kasut di pintu masjid.

11. Kasut sukan / Walking shoes/ Running shoes – 1 pasang ( Untuk berjalan semasa melontar jamrah. Perjalanan dari khemah di Mina ke jamrah untuk melontar lebih kurang 3.5 km sehala. Perlu melontar 4 hari. Maksudnya 4 hari x 7km = 28 km. Agak jauh juga bagi yang tak biasa. Jadi, ia memerlukan kasut sukan yang selesa.)

12. Kasut tawaf (wanita) – 1 pasang

13. Pantyliner secukupnya

14. Pisau kecil untuk potong buah.

15. Plastik zip lock – ramai orang suka bersedekah makanan dalam masjid. Jadi, boleh simpan makanan itu dalam plastik itu jika tak nak makan lagi. Selain tu boleh juga isi buah utk bawa bekal ke masjid dan macam-macam kegunaan lagi.

16. Hanger – minimum 10

17. Penyangkut pakaian jenis S – 3 pcs ( Penyangkut ini amat berguna ketika berada di Arafah dan Mina kerana toilet di sana tidak disediakan tempat untuk gantung barang kita seperti pakaian,alatan mandian dan lain-lain. Setiap kali pergi toilet saya bawa plastik besar untuk isi tuala, pakaian, alatan mandi dan guna penyangkut itu untuk di sangkut pada pintu toilet)

18. Sambal ikan bilis dan sewaktu dengannya – Adakala kita tiada selera untuk makan sebab makan yang dibekalkan menunya berulang. Jadi, sambal-sambal ini amat membantu untuk bagi selera makan.

19. Strepsil dan gula-gula HACKS – untuk hilang sakit tekak.

20. Alatan menjahit – sangat berguna. Boleh potong jubah, jahit apa-apa yang terkoyak.

21. Sabun basuh buku – 3 buku seorang. Nak bawa lebih pun bagus juga, sebab boleh share dengan rakan sebilik. ( saya tak jumpa sabun buku kat mekah. Yang ada sabun basuh jenis serbuk sahaja dan bagi saya sabun serbuk kat sana tak best guna.)

22. Tali untuk buat ampaian. Di hotel ada disediakan tempat jemur kain. Tapi, banyak juga kes saya dengar telekung, ihram hilang atau tersalah ambik. Tetapi, sekiranya di luar bilik kita ada ruang contohnya dinding kosong dan tidak mengganggu laluan serta pemandangan, Kita boleh minta budak housekeeping hotel gantungkan ampaian untuk bilik kita. Lepas minta tolong dia, bagilah tips sikit untuk dia, jadi tiadalah masalah dikacau oleh pihak pengurusan hotel.

Jangan buat ampaian sendiri tempat laluan orang. Elok minta kebenaran terlebih dahulu. Pekerja housekeeping yang urus kami namanya Sha Alam. Baik budaknya… macam-macam dia tolong. Boleh upah dia basuh ihram 10 rial je, boleh beli baldi murah dengan dia, boleh itu boleh ini dan lain-lain lagi.

23. Ubat-ubatan seperti penadol, ubat selsema, ubat batuk, cirit-birit – Tabung haji memang menyediakan klinik yang lengkap dan terbaik bagi saya. Tapi tiada salahnya kita bawa ubat-ubatan ini dari Malaysia untuk rawatan awal yang cepat.

24. Charger universal dan extension plug. Bilik kami di hotel Abraj Jannadiriyah hanya ada 2 power point sahaja. 1 di pantry dan 1 di bawah katil seorang jemaah. Jadi, extension plug adalah sesuatu yang wajib.

25. Minuman instant/ cereal untuk breakfast. Tabung Haji tidak menyediakan breakfast (sarapan) untuk muasassah. Harga makanan/minuman di mekah dan madinah adalah agak mahal. Saya anggarkan kalau berjimat cermat pun kena belanja sekurang-kurangnya 30-40 rial sepagi untuk 2 orang. Di tepi/luar hotel, ramai peniaga asal Pattani berniaga tetapi seperti yang saya bagitau, harganya agak mahal. Mereka jual pelbagai jenis makan tempatan seperti nasi lemak, nasi kerabu, beehoon goreng,mee goreng, nasi goreng, laksa, kueh mueh dan lain-lain lagi.

26. Sunscreen, lip balm

27. Petrojelly vaseline – banyak berjalan kat sana, tumit pun akan pecah. Sapu sebelum tidur, insyaAllah esok pagi, ok sikit.

28. Flanil cream – untuk sengal-sengal otot dan kaki kejang (cramp). Sapu sebelum sebelum tidur di betis dan peha, insyaAllah esok pagi ok sikit. Kalau kaki senang cramp, boleh sapu sebelum start berjalan.

29. Sunglasses – tahun lepas sangat panas, nak celik mata pun susah.

30. Penyangkut baju jenis wall hook dan gam cap gajah – wall hook walaupun jenis heavy duty biasanya tak tahan juga. Jadi eloklah dilekatkan dengan sedikit gam. Wall hook ini digunakan utk gantung tuala, telekung dan lain-lain dalam bilik.

31. Pakaian untuk lelaki:

-Kain ihram – 2 pasang

-Jubah – 3 pasang

-Baju melayu/kurta – 2 helai

-Seluar panjang – 2 helai. Suami saya bawa juga seluar jenis ringan/quick dry yang digunakan untuk pergi hiking. Dia pakai seluar itu untuk melontar pada hari ke 2 dan seterusnya. Lelaki, hari pertama melontar sahaja pakai ihram.

-T-shirt – 2 @ 3 helai. Suami saya suka pakai t-shirt jenis microfibre quick dry. T-shirt pagoda dia langsung tak pakai.

-Kain pelikat berjahit – 1 @ 2 helai

-Kain pelikat tidak berjahit – 1 helai. Digunakan ketika dalam ihram untuk ke tandas.

32. Powerbank – untuk hand luggage, 20000mAh sahaja yang dibenarkan.

checklist barang haji

HAL-HAL LAIN

1. Tak perlu bawa duit cash yang banyak. Guna sahaja kad debit Bank Islam Tabung Haji. Boleh guna mana-mana ATM untuk keluar duit tanpa caj. Dinasihatkan jangan keluar nilai yang besar kalau kita nak duit kecil. Elok keluar 200 @ 300 rial sahaja kalau nak duit kecil. Saya suka guna Al Rajhi Bank kerana bagi saya ia mesra pengguna. Ada pelbagai pilihan bahasa termasuk bahasa melayu.

2. Nak jimat postage guna Pos Malaysia, bayar di Malaysia. RM 18 sekilo (kalau tak silap), tapi kalau bayar di Mekah, 18rial sekilo. Jimat banyak juga tu.

3. Baju dan pakaian tak perlu bawa banyak sebab hari-hari kita basuh. Tiada orang kisah pun kita pakai baju yang sama berulang.

4. Tak perlu basuh baju di toilet semasa di Mina. Pergi camping, mana ada orang basuh baju kan. Saya cadangkan kita sediakan 2 uniform. 1 pasang uniform untuk melontar dan 1 pasang uniform utk dalam khemah. Selepas balik melontar gantung/anginkan baju tu dan esok pakai lagi.

5. Kantung kecil untuk isi batu, tak perlu sebab batu dah disediakan bersama kantung kecil yng comel.

6. Bantal, alas tidur, selimut pun tak perlu bawa. Dah ada tilam dan bantal comel di sediakan di Arafah dan Mina.

7. Baldi boleh tanya pekerja hotel… biasanya mereka ada jual murah-murah sebab jemaah haji sebelum ni akan sedekah sahaja pada mereka.

8. Tandas di Arafah dan Mina. Saya berpendapat tandas yang disediakan adalah baik, selesa dan bersih. Air pun tidak panas seperti yang pernah diceritakan. Kalau kita pergi mana-mana perkhemahan pun jarang ada kemudahan tandas yang baik, kalau kita masuk hutan, hanya ada nature tandas sahaja kan.

Jadi, saya bersyukur ada kemudahan tandas yang baik di Arafah dan Mina. Beratur 30 minit hingga 1 jam tu saya anggap lumrah dan ia bukan satu kesulitan. Sepanjang saya di Mina dan Arafah saya dapat mandi setiap hari. Pilih waktu yang bukan peak hours. Lagi satu, kalau nampak orang tidak ramai beratur, baik kita pergi beratur walaupun kita tiada hajat. Hajat itu akan datang apabila dah masuk dalam. Kita pun jangan pentingkan diri berada lama-lama dalam tandas.

* Jika ada yang tertinggal, boleh bagi cadangan untuk tambah.
** InsyaAllah saya akan update dari semasa ke semasa jika ada penambahan.

Sumber: Wan Nor Rafidah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×