Nur

Ustazah Asma’ Harun Kongsi Amalan Sempena Hari Arafah, ‘Kejar’ Pahala!

79
SHARES
Hari Arafah

Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah dikatakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT dalam bulan Zulhijjah kerana pada hari itulah agama Islam disempurnakan.

Melalui perkongsian Ustazah Asma’ Harun, ini merupakan kesempatan emas buat umat Islam untuk menyucikan dan memperbaiki diri sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha nanti. Terdapat beberapa amalan penting yang boleh anda lakukan pada Hari Arafah terutama bagi mereka yang tiada kesempatan mengerjakan haji dan berwukuf di padang Arafah.

Baca juga: Ini Amalan Boleh Buat Pada Bulan Zulhijjah, Jangan Lepas Peluang Rebut Pahala!

HARI ARAFAH

Hari Arafah

AMALAN-AMALAN PENTING BOLEH DILAKUKAN

Mari usaha untuk lakukannya. SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar.

Di dalam bulan Zulhijjah ini, terdapat satu hari yang dikatakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT iaitu hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana pada hari itulah agama Islam ini disempurnakan.

Terdapat hadith daripada riwayat Umar bin al-Khattab R.A bahawa suatu hari seorang lelaki Yahudi berkata kepadanya:

يَا أَمِيرَ الـمُؤْمِنِينَ، آيَةٌ فِي كِتَابِكُمْ تَـقْرَءُونَـهَا، لَوْ عَلَيْنَا مَعْشَرَ اليَهُودِ نَـزَلَتْ، لاَتَّخَذْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ عِيدًا. قَالَ: أَيُّ آيَةٍ؟ قَالَ: {اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا} قَالَ عُمَرُ: قَدْ عَرَفْنـَا ذَلِكَ اليَوْمَ، وَالـمَكَانَ الَّذِي نَـزَلَتْ فِيهِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ قَائِمٌ بِعَرَفَةَ يَوْمَ جُمُعَةٍ

Maksudnya: “Wahai Amirul Mukminin, ada satu ayat dalam kitab kamu yang sering kamu baca, jika ayat itu diturunkan kepada kami, nescaya kami akan jadikan hari turunnya ayat tersebut sebagai hari perayaan orang yahudi.”

Umar bertanya: “Ayat yang mana?”

Yahudi tersebut membacakan:

‘اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا’

(Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu.”) [Surah al-Ma’idah: 3].

Umar menjawab:

“Kami mengetahui hari dan di mana tempat ia diturunkan kepada Nabi SAW, iaitu ketika Baginda SAW sedang berdiri di ‘Arafah pada hari Jumaat’. ” (HR Bukhari dan Muslim)

Pada hari Arafah ini jugalah, para jemaah haji akan melaksanakan rukun haji yang paling penting iaitu berwukuf di padang Arafah.

Disunatkan memperbanyakkan amal soleh bagi umat Islam tidak mengerjakan haji

Manakala umat Islam yang tidak mengerjakan Haji disunatkan untuk memperbanyakkan melakukan amal soleh seperti bertahmid, bertakbir dan berzikir kepada Allah SWT.

Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya:

Hari Arafah

Baca juga: Dapat Tawaran Haji Tapi Ibu Gusar Nak Tinggalkan Anak, Siapa Sangka Rupanya…

TUAN PUAN,

Hari Arafah bukan sahaja peluang terbaik buat para jemaah haji sahaja, bahkan ia sebenarnya adalah peluang keemasan buat seluruh umat Islam.

Rebutlah tawaran istimewa yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan memperbanyakkan amalan seperti:

1. Memperbanyak doa

2. Berpuasa pada Hari Arafah

Daripada Abi Qatadah r.a., Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya:

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” (HR Muslim, hadis sahih)

3. Berzikir di Hari Arafah

Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَأَفْضَلُ مَا قِلَّتُهُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي : لاَ إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. رواه الإمام مالك

Maksudnya: 

4. Memohon istighfar kepada Allah SWT

Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.

Daripada Aisyah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

Sesungguhnya ini adalah kesempatan emas untuk kita menyucikan dan memperbaiki diri sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga ia dapat menjadi penambah saham pahala untuk kita di akhirat nanti.

Semoga bermanfaat buat ummah.

Baca juga: Ustaz Elyas Kongsi Tiga Perkara Boleh ‘Rosakkan’ Hidup Seorang Lelaki

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×