Nur

Dapat Tawaran Haji Tapi Ibu Gusar Nak Tinggalkan Anak, Siapa Sangka Rupanya…

6
SHARES
menunaikan haji

Dapat tawaran menunaikan haji merupakan antara nikmat besar yang paling dinanti-nantikan Muslim di seluruh dunia. Bahkan, ia merupakan rukun Islam yang kelima. Namun, apabila Allah SWT berkehendak, maka terjadilah, “kun faya kun”.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang ibu ini yang sukar untuk percaya telah mendapat tawaran menunaikan haji melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Hal ini kerana, keputusan tawaran haji sudah dikeluarkan 3 minggu sebelumnya.

Bukan itu sahaja, wanita yang menggunakan nama Alifnunwau Nymous di Facebooknya juga gusar berkenaan perihal anak. Siapa yang akan menjaga permata hatinya? Mari ikuti kisah ini di bawah.

Baca juga: Ini Amalan Boleh Buat Pada Bulan Zulhijjah, Jangan Lepas Peluang Rebut Pahala!

MENUNAIKAN HAJI

menunaikan haji

Gambar: SMS yang diterima Alifnunwau Nymous, selepas 3 minggu keputusan tawaran haji dikeluarkan.

BETUL KE AKU DAPAT TAWARAN HAJI?

Masa dapat mesej ini, aku terkejut. Namun perkara pertama terlintas di fikiran, “scammer ke?” Sebab masa ini, keputusan tawaran haji dah dikeluarkan 3 minggu sebelumnya.

Kakak aku dapat panggilan, Alhamdulillah. Masa tu aku dah check dan tak terpilih. Jadi, aku pun langsung tak ada mindset untuk dapat tawaran kemudiannya sebab aku tak buat rayuan.

Dan sejak keluar keputusan tawaran pertama tu memang aku tak pernah dah buka apps THijari. Tiba-tiba dapat mesej ini. Untuk pastikan bukan scammer, aku pun buka apps THijari.

Berdebar. Login, masuk. Buka bahagian perkhidmatan haji. MasyaAllah, mata bagaikan tak percaya. Aku dapat tawaran menunaikan haji. Betul bukan scammer. Cuma masa tu aku jadi blank. Fikiran aku jadi kosong.

Betul ke dapat ni? Betul ke nak pergi ni? Aku diamkan tawaran ni selama 2 hari sebelum beritahu orang terdekat. Jujur masa tu, aku masih ragu-ragu..

Hati rasa gusar nak tinggalkan anak 

Anak adalah antara yang paling aku fikirkan sekali. Bila diberitahu suami, Dia terus jawab.

“Awak pergilah.. saya boleh cuba je buat rayuan tapi kalau saya tak dapat, saya boleh jaga anak.”

Hati lega sikit bila dengar suami nak jaga anak. Masa tu aku doa, andai yang terbaik adalah suami jaga anak, maka mudahkanlah.

Namun jika yang terbaik adalah suami ikut bersamaku menunaikan haji, maka Kau dorongkanlah. Selepas beberapa hari buat rayuan (mengikuti isteri) terus suami dapat panggilan. Aku gembira. Dia pun nampak gembira.

“Rupanya begitulah cara Allah SWT membersihkan hati manusia”

Namun hati aku mula gusar, anak macam mana? Rupanya begitulah cara Allah membersihkan hati manusia.

Kalau selama ini aku rasa aku yang jaga anak itu sebab aku yang masak untuk dia makan, aku yang pakaikan dia pakaian, aku yang mencuci dan mandikan. Kali ni Allah nak bagitau aku yang bukan aku pun yang jaga anakku sebenarnya. Tapi Dia.

Kali ini aku akan berpisah dengan anakku (buat pertama kali selepas 3.5 tahun), dengan jarak ribuan kilometer atas satu seruan. Satu perintah Tuhan.

Di saat ibu bapa itu jauh dari anaknya, siapa yang akan jaga dia? Allah. Sejak hari itu hari-hari aku berdoa. Sehinggalah hatiku tekad dan keyakinan dibulatkan.

Aku menyambut seruanMu ya Allah.

Dengan penuh ketaatan. Kecintaan. Kerendahan.

Aku menyerahkan urusanku padaMu ya Allah. Aku menyerahkan anakku padaMu.

Aku menyerahkan segala-galanya padaMu. Kerana aku yakin Engkau yang Maha menjaga,

Dan kali ini, Engkau yang menjemputku untuk melengkapkan rukun Islamku..

Engkau yang mengajarkan aku erti sebuah pengorbanan, untuk hakikat kecintaan dalam sebuah perasaan..

Hari ini, hari ke 4 aku di tanah suci. Melewati dan memaknai setiap baris kata yang Allah ingin aku fahami..

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ

لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ

إِنَّ الْحَمْدَ

وَالنِّعْمَةَ

لَكَ وَالْمُلْكَ

لاَ شَرِيكَ لَكَ

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah.

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.

Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu.

Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu

22062023 l 4 Zulhijah 1444H l 5 hari menuju arafah.

Baca juga: Tips ‘Reapply Makeup’ Selepas Wuduk, Jimat Masa & Wajah Pun Segar!

Sumber: Facebook Alifnunwau Nymous

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×