Famili

Tips ‘Packing’ Beg Pergi Tanah Suci Buat Muslimah, Balik Beg Tak Bertambah

55
SHARES

Kepada anda wanita muslimah yang bakal menunaikan umrah atau haji buat pertama kali namun, tidak tahu keperluan apa perlu dibawa dan kuantitinya sebanyak mana, apa kata ikuti tips seperti di bawah.

Perkongsian tips ini dibuat oleh Puan Zuraida Lazni di mana, dapat mengurangkan berat beg sebelum pergi ke tanah suci dan bila pulang ke tanah air beg masih tidak bertambah. Semoga dapat membantu permudahkan urusan anda!

Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Jika Para Suami Minum Susu Isteri…

TIPS BRUTAL VERSION UNTUK MUSLIMAH TUNAI UMRAH/HAJI

Tips untuk ke Umrah atau Haji supaya balik nanti beg tak beranak bagi Muslimah. Brutal version.

TIPS KE TANAH SUCI BUAT MUSLIMAH SUPAYA BALIK BEG TIDAK BERTAMBAH:

1. HANYA BAWA SEDIKIT BAJU

Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja. Selainnya beli je sebab last-last pun mesti terbeli. Eh.. ni cantik nyeeer, terbeli.

2. SATU SANDAL DI TAPAKNYA ADA GRIP

Bawa satu sandal saja, tak payah bawak 2-3 kasut. Konon nak mendaki la apa laa. Bawak sandal yang senang nak sodok kaki dan yang dekat sole ada grip.

Lantai marble nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap-silap sandal tercampak.

3. SATU SET TELEKUNG

Bawa satu set telekung saja. Tak payah nak konon tukar-tukar telekung sebab travel agent akan kasi mini telekung. Nanti itu itu jugak yang kau pakai.

4. SELUAR DALAM WANITA YANG PAKAI BUANG

Bawa disposable panties. Dah pakai buang tak payah sibuk nak cuci.

Bawak dari sini sebab dekat sana takda, susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi diorang tak faham.

5. PANTY LINERS

Bawa panty liners sebab kat sana mahal.

Gambar hiasan: HuffPost.

6. STOKING MUDAH WUDUK

Bawa sock yang mudah wuduk jadi tak menyusahkan nak buka pakai, kaki basah-basah.

7. TUDUNG SEGERA

Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang. Senang sarong untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab.

8. BILA SAKIT JUMPA DOKTOR DIBAYAR INSURAN OLEH AGENSI PELANCONGAN

Kalau sakit pergi doktor yang travel agent dah bayar insurance, free. Jangan beli ubat dekat pharmacy, mahal. Harga ubat boleh beli satu jubah.

Bawak ubat sendiri, especially strepsil. Dekat sana paling murah is SAR29.

9. BELI BUAH KURMA DI PASAR BORONG

Nak beli kurma kalau boleh jangan beli di pasar atau ladang kurma. Dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus.

Beli kurma dekat wholesale di mall. Lagi murah, yang lain-lain boleh cari di Bin Dawood.

Gambar hiasan: DailyUmrah.

KESIMPULANNYA, PERGI BEG TAK BERAT BALIK BEG TAK BERTAMBAH!

Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3. Itu tak termasuk handcarry 7 kg.

Yang penting be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.

Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.

Sumber: Facebook Zuraida Lazni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×