Nur

Wanita Ini Bongkar 6 Jenis Penipuan (Scam) Di Tanah Suci, Jemaah Kena Hati-Hati Tau!

47
SHARES
jenis penipuan tanah suci

Berada di mana-mana pun, pasti akan ada kumpulan penipu (scammer) yang cuba mengganggu orang ramai. Maka, tidak hairan sekiranya perkara ini turut berlaku di tanah suci iaitu di Mekah dan Madinah. Kalau nak tahu, terdapat pelbagai jenis penipuan tanah suci yang sering berlaku.

Justeru itu, kalau nak nak tahu jenis-jenis penipuan yang kerap berlaku di tanah suci bagi mengelakkan anda menjadi mangsa mereka yang seterusnya, ikuti perkongsian dari Masnira Ramli ini.

Baca juga: Diundang Ke Jamuan Raya Tapi Sedang Berpuasa Sunat, Perlu Ke Batal Puasa? Ini Penjelasannya

JENIS PENIPUAN TANAH SUCI

jenis penipuan tanah suci

Gambar: Masnira Ramli

SCAMMER ALERT!!

Macam lamanya tak update informasi di sini. Maafkan saya!

Nak cerita ni, mutakhir ini jemaah umrah kembali memenuhi Mekah dan Madinah, maka muncullah kembali kumpulan penipu ataupun dipanggil scammer menggangu jemaah umrah terutama jemaah kita.

Kenapa mangsa banyak dikalangan jemaah kita? Kerana orang kita biasanya sentiasa bersangka baik di dalam tanah haram, sentiasa menjaga akhlak dan juga sebolehnya tidak mahu sebarang perkara tidak baik berlaku.

Itu lah beberapa sebab mengapa scammer sangat ‘gemar’ dengan orang kita. Jadi hati-hatilah ya semua jemaah.

Ada yang berkata, “saya takut nak bersangka buruk. Risau malaikat yang sebenarnya menyamar dan mahu menguji kita di Mekah.”

Baca juga: Hukum Kedudukan Makmum Perempuan Di Sebelah Imam, Serta Ilustrasi Yang Lebih Jelas!

Di sini, saya cirikan beberapa jenis scammer yang muncul kebelakangan ini. Semoga dapat membantu semua supaya lebih berhati-hati. jika kalian ada pengalaman, boleh kongsi di ruangan komen ya.

jenis penipuan tanah suci

Gambar: IKHLAS

1. Scammer HajarulAswad

Dulu hilang sekejap, kini dah keluar semula. Baru-baru ini beberapa orang terkena! Modus operandi mereka, akan offer bantuan untuk bawa jemaah cium hajarulaswad.

Ya, memang akan dapat dengan cara menolak orang lain dan bertempur. Selepas itu, mereka akan mengenakan bayaran yang tak masuk akal. Beribu riyal pun ada.

2. Scammer “can u speak english?”

Ini jenis akal panjang boleh buat batu cincin. Buat cerita sedih. Ada yang siap bawa isteri dan anak dalam stroller.

Jalan cerita lebih kurang sama bertahun-tahun. Tak ada duit nak beli tiket balik. Duit semua habis kena curi. Nak makan pun tak ada duit dan minta kita dermakan.

Bagi sikit dia akan minta lebih.

3. Scammer “saya ambilkan gambar, anda bayar!”

Yang ini akan offer jemaah service ambil gambar guna camera polaid mereka. Siap costume serban diletakkan secara tiba-tiba atas kepala kita.

Lepas itu, ambil gambar kita dalam keadaan paksa rela! Minta kita bayar. Bukan sikit ya, tapi ratus-ratus.

Entah muka kita jadi macam mana di ambil. Ya lah, paksa rela kan. Entah-entah bibir muncung sedepa. Lagi nak suruh bayar! Kita selfie sendiri lagi cantik.

Baca juga: Kucing Kesayangan Mati, Ikut 4 Panduan Ini Untuk Tanam & Hukum Kebumikan Haiwan

Baca juga: Hukum Sujud Di Atas Telekung Sendiri, Perlu Hati-Hati Elak Solat Jadi Batal!

4. Scammer teksi

Tak semua. tapi ramai saja yang kena. Pastikan jumlah berapa yang dipersetujui sebelum anda menaiki teksi. Kalau driver minta lebih, tegaskan jumlah yang dipersetujui sahaja.

5. Scammer pelajar Mekah dan minta duit

Ini yang terbaru saya baru dengar dari beberapa orang jemaah. Ada 2,3 orang approach dengan cerita yang sama.

Katanya mereka adalah pelajar di Mekah, tunjuk wallet kosong dan minta kita berikan duit. Macam biasa, tidak mahu jumlah yang sedikit. Ada yang memaksa sehingga mengikut pergi ke ATM.

6. Scammer pengusaha Pusat Tahfiz di Mekah

Minta jemaah berhati-hati juga dengan scammer yang datang tegur di dalam masjid, memberitahu bahawa dia adalah seorang pengusaha sekolah tahfiz dan minta sedekah dengan kadar yang banyak!

Khabarnya mereka sangat agresif sehingga memaksa ke ATM dan keluarkan duit.  Saya rasa scammer pelajar dan pengusaha tahfiz ini mungkin dari kelompok yang sama.

Apakah yang perlu anda lakukan jika perkara ini terjadi?

Tegas dan elak. Jangan takut dan memberikan ruang untuk mereka mengambil kesempatan. Kalau mereka ikut, segera pergi ke polis atau guard yang terdekat. Mesti mereka akan lari dan tidak berani meneruskan penipuan. Sentiasalah berhati-hati ya!

Baca juga: Hukum Bersihkan Kemaluan (Beristinjak) Dengan Air Zamzam, Ini Penjelasan Bekas Mufti!

Sumber: Masnira Ramli

FT Image: BH / pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×