Nur

Hukum Bersihkan Kemaluan (Beristinjak) Dengan Air Zamzam, Ini Penjelasan Bekas Mufti!

2
SHARES
beristinjak dengan air zamzam

Air zamzam berbeza dengan air minum biasa yang lain kerana banyak keistimewaannya sehingga diperakui oleh Rasulullah SAW. Namun, bagaimana pula sekiranya air zamzam digunakan untuk beristinjak? Mari ikuti penjelasan lanjut mengenai hukum beristinjak dengan air zamzam dari bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Baca juga: Hukum Sujud Di Atas Telekung Sendiri, Perlu Hati-Hati Elak Solat Jadi Batal!

BERISTINJAK DENGAN AIR ZAMZAM

beristinjak dengan air zamzam

Gambar: jiboom

Definisi istinjak

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, istinjak merujuk kepada perbuatan membersihkan kemaluan kerana membuang air besar atau air kecil dengan menggunakan air, batu, atau tanah keras.

Baca juga:  Kucing Kesayangan Mati, Ikut 4 Panduan Ini Untuk Tanam & Hukum Kebumikan Haiwan

Air zamzam

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

Maksudnya: “Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah air zamzam, padanya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar daripada penyakit.” Riwayat al-Tabarani (11167)

Air zamzam berbeza dengan air biasa yang lain kerana Rasulullah SAW mengatakan bahawa ia merupakan air yang diberkati dan boleh mengenyangkan sesiapa yang meminumnya. Ini sebagaimana hadith daripada Abu Zar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ia (air zamzam) air yang penuh dengan keberkatan dan ianya mengandungi makanan yang mengenyangkan.” Riwayat Muslim (2473)

Baca juga: Pakai Baju Hitam Untuk Menziarahi Kematian Boleh Jatuh Haram? Sekiranya…

Hukum beristinjak dengan air zamzam

beristinjak dengan air zamzam

Gambar: wnm.gov.sa

Di laman portal Maktabah Al Bakri menyatakan, ulama’ berselisih pendapat berkenaan masalah istinjak menggunakan air zamzam. Hal ini kerana, keistimewaan air zamzam itu sendiri yang diperakui oleh Rasulullah SAW.

Al-Munawi menyebutkan, air zamzam merupakan penghulu bagi segala air, air yang paling mulia, paling berharga dan paling disukai oleh manusia. Ia telah digali oleh malaikat Jibril dan diberi minum kepada Nabi Ismail A.S. (Lihat Fayd al-Qadir, 5/404)

Baca juga: Hukum Melintas Depan Orang Sedang Solat, Terutama Bila Ada Penghadang!

Maka dengan itu, setelah melihat kepada pendapat-pendapat ulama’ serta dalil-dalil mereka, dapat menyimpulkan beberapa perkara:

  1. Pandangan yang dipegang oleh ulama’ al-Syafi‘iyyah, makruh hukumnya beristinjak dengan air zamzam kerana kemuliaan dan kehormatan air tersebut, akan tetapi ia masih sah digunakan kerana ia air yang suci lagi menyucikan seperti mana air mutlak yang lain.
  2. Untuk keluar daripada khilaf ulama yang memakruhkannya, kami mengesyorkan sekiranya tiada kesukaran dan terdapat air yang lain selain daripada air zamzam, sebaiknya gunakan terlebih dahulu air lain tersebut, khususnya ketika beristinja’ dan membersihkan diri daripada najis.

Pada zaman sekarang khususnya penduduk Islam dari negara asing yang bukan warga Saudi amat memerlukan air zamzam untuk diminum. Maka, tidaklah wajar walaupun seseorang itu mempunyai kekayaan yang luar biasa beristinjak dengan air zamzam.

Hal ini kerana, ramai yang berhajatkannya untuk minum di samping berdoa agar diberi hajat-hajat mereka. Salah satunya berniat ketika minum air zamzam.

Baca juga: Hukum Ambil Upah Tukar Duit Raya & Cara Hindari Unsur Riba, Ini Jawapannya!

Sumber: Maktabah Al Bakri

FT Image: jiboom / VIVA/Dedy Priatmojo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×