Nur

Kucing Kesayangan Mati, Ikut 4 Panduan Ini Untuk Tanam & Hukum Kebumikan Haiwan

23
SHARES
cara tanam bangkai kucing

Kematian haiwan peliharaan seperti kucing kesayangan, pastinya membuatkan penjaganya kesedihan. Lantas, tindakan mengebumikannya adalah salah satu cara untuk memujuk diri. Sebenarnya, terdapat empat cara tanam bangkai kucing yang boleh dijadikan panduan buat semua pencinta kucing.

Namun, anda juga perlu tahu berkenaan hukum menanam bangkai haiwan yang dikeluarkan mufti. Mari ikuti perinciannya di bawah!

Baca juga: Pakai Baju Hitam Untuk Menziarahi Kematian Boleh Jatuh Haram? Sekiranya…

CARA TANAM BANGKAI KUCING

cara tanam bangkai kucing

Gambar: freepik

Hukum menanam bangkai haiwan

Menurut sumber portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menanam binatang adalah wajib sekiranya mengganggu umat manusia atau memberikan kemudaratan terhadap manusia. Dan tidak wajib berbuat demikian jika ianya tidak memberikan kemudaratan.

Akan tetapi, yang lebih baik di sini adalah ditanam bangkai haiwan tersebut agar boleh mengangkat segala jenis kemudaratan darinya dan juga menyenangkan pandangan dan juga laluan orang lain yang melalui kawasan bangkai tersebut.

Dari Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W:

“الإِيمانُ بضْعٌ وسَبْعُونَ، أوْ بضْعٌ وسِتُّونَ، شُعْبَةً، فأفْضَلُها قَوْلُ لا إلَهَ إلّا اللَّهُ، وأَدْناها إماطَةُ الأذى عَنِ الطَّرِيقِ، والْحَياءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإيمانِ”

Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.” Riwayat al-Bukhari (9), Muslim (35)

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Bau Kucing Dari Rumah, Termasuk Bau Hancing & Bulu Kucing!

Baca juga: Jangan Panik! Ini 9 Cara Mengatasi Si Bulu (Kucing) Yang Diserang Sawan

PANDUAN TANAM BANGKAI KUCING

cara tanam bangkai kucing

Gambar: freepik

Sementara itu, melalui sumber portal Rileklah, terdapat empat cara untuk menanam bangkai haiwan seperti kucing dengan mengikuti panduan seperti di bawah:

1. Lokasi

Sekiranya kucing peliharaan anda mati di kawasan rumah, tanam sahaja di situ. Asalkan tidak berbau dan mengganggu jiran.

Jika haiwan peliharaan anda mati akibat dilanggar, seeloknya tanam di kawasan berdekatan kejadian.

2. Tanam dalam lubang

Ukuran lubang sebaiknya dua kali panjang kucing dan sedalam 30cm dalam keadaan kering. Lebih dalam adalah lebih bagus bagi mengelakkan berbau atau dikesan oleh haiwan lain dan digali.

3. Alas

Semasa memasukkan bangkai kucing ke dalam lubang, alaskan ia terlebih dahulu dengan daun segar yang besar dan lebar seperti daun pisang. Berlapikkan daun segar, dapat mengurangkan bau bangkai haiwan.

4. Tutup lubang

Akhir sekali, kambuskan tanah ke dalam lubang sehingga padat. Banyakkan tanah, agar tidak digali oleh haiwan lain.

Baca juga: Orang Lelaki Elok Makan Biji Labu Sebab Tingkatkan Kualiti Sperma, Juga 3 Khasiat Lain!

Sumber: Rileklah / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: freepik / wirestock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×