Famili

Jangan Panik! Ini 9 Cara Mengatasi Si Bulu (Kucing) Yang Diserang Sawan

2
SHARES
cara mengatasi kucing sawan

Melihat kucing mengalami sawan adalah perkara menakutkan bagi mana-mana ibu bapa kepada haiwan peliharaan ini. Oleh itu, ilmu mengenai cara mengatasi kucing sawan amatlah penting untuk anda tahu, sekiranya berada dalam situasi tersebut.

Sawan kucing boleh menyebabkan si bulu menunjukkan tingkah-laku yang membimbangkan termasuk meronta-meronta, terliur dan gigi ketap. Jadi, sebagai langkah persediaan kepada anda, mari ikuti tips mengatasi kucing diserang sawan daripada Doktor Siti Fauziahza.

Baca juga: Senarai 7 Haiwan Paling Beracun Di Dunia, Dekat Malaysia Pun Ada!

CARA MENGATASI KUCING SAWAN

cara mengatasi kucing sawan

TANDA-TANDA & PUNCA-PUNCA SAWAN

Apabila kucing terkena sawan, beberapa tanda yang berbeza akan berlaku kepada si bulu ini mengikut keadaan dan kesakitannya.

  • Kekejangan otot
  • Mata membesar
  • Mulut berbuih
  • Kaki menjadi lembut
  • Terberak atau terkencing

Punca-puncanya seperti berikut:

  • Genetik
  • Traumatic injury
  • Virus atau jangkitan bakteria
  • Kutu terlalu banyak

TIPS KETIKA KUCING SAWAN

1. BERTENANG

Sewaktu kucing terkena sawan, anda yang menyaksikannya perlu berada dalam keadaan tenang supaya dapat berfikir langkah keselamatan yang perlu diambil.

2. TEMPAT YANG SELAMAT

Kucing yang diserang sawan perlu berada dalam tempat yang selamat bagi memastikan ia tidak mendatangkan kemudaratan lain kepadanya seperti cedera. Antara kawasan yang perlu dielakkan adalah:

  • kawasan tangga
  • perabot

CARA MENGHADAPI KUCING SAWAN

Kucing anda berada di kawasan yang tidak selamat, perlu dialihkan dengan mengikuti beberapa langkah keselamatan seperti berikut:

cara mengatasi kucing sawan

  • Sediakan selimut atau tuala yang tebal.
  • Kemudian, tutup bahagian atas kepala dan badan kucing. Amat penting untuk menutupi bahagian tersebut supaya anda tidak digigit jika ia bertindak memusingkan badannya dalam keadaan sawan dan separuh sedar.
  • Selepas itu, tekan pada bahagian bahu kucing dengan berhati-hati.
  • Akhir sekali, angkat dan alihkan kucing anda ke tempat yang lebih selamat.

3. REKOD MASA KUCING SAWAN

Langkah seterusnya, merekod masa bermula dan berakhirnya sawan kucing anda. Ini sangat penting supaya doktor dapat mendiagnosis jenis sawan tersebut.

4. TIADA KUCING LAIN BERDEKATAN

Pastikan tiada kucing lain yang berdekatan dengan kucing yang sedang sawan. Hal ini kerana, keberangkalian kucing lain untuk menyerang boleh berlaku atau mencetuskan lagi sawan kucing tersebut.

5. TIADA BUNYI BISING

Selain itu, pastikan tiada bunyi yang kuat atau bising di sekelilingnya. Tutup televisyen atau radio dan anda perlu berkomunikasi dalam volume suara yang rendah.

6. KURANGKAN PENCAHAYAAN

Tutup lampu atau malapkan keadaan sekiranya tempat terlalu cerah bagi memastikan kucing yang diserang sawan dalam keadaan tenang.

7. JANGAN BERI UBAT

Anda dilarang memberikan apa-apa minuman atau ubat ketika kucing sawan kerana dikhuatiri akan menyebabkan si bulu tercekik.

8. DILARANG SIMBAH AIR

Dilarang juga untuk menyimbah air kerana ia boleh mencetuskan sawan kucing tersebut menjadi lebih teruk.

9. BAWA KUCING KE KLINIK HAIWAN

Setelah keadaan sudah kembali reda dan kucing sudah berhenti diserang sawan, maka segeralah membawanya ke klinik haiwan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Youtube iVET PETCARE

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×