Deko & Hias

Cara Halau Babi Hutan Yang Selalu Rosakkan Kebun, Kalau Berani Guna Cara Nombor 2!

41
SHARES
cara-cara menghalau babi

Khinzir atau babi merupakan antara haiwan liar yang selalu memusnahkan tanaman kebun kerana habitatnya yang memang tinggal di dalam hutan. Walaupun begitu, bagi mengelakkan tanaman anda hancur dimakan dan dilanggar, terdapat cara-cara menghalau babi yang mungkin anda boleh cuba lakukan.

Terdapat 10 kaedah menghalau haiwan liar ini yang boleh digunakan seperti di bawah. Mari lihat dan pilih cara yang bersesuaian menurut anda.

Baca juga: Hapuskan Kulat Almari Guna DIY Dehumidifier Gel Silika, Lelaki Ini Kongsi Caranya!

CARA-CARA MENGHALAU BABI HUTAN

cara-cara menghalau babi

10 Cara Menghalau Babi Daripada Merosakkan Tanaman Yang Ramai Tidak Tahu!

Babi ialah makhluk perosak yang sangat bijak dan licik merosakkan tanaman seperti pokok durian, pisang, ubi dan sebagainya. Babi mempunyai hidung yang mancung dan sangat cekap menghidu mangsa seperti cacing, mahupun senapang dan kehadiran manusia.

Selain itu, telinganya yang tajam mampu mendengar bunyi anjing dan sorakan pemburu dari jarak jauh. Manakala, matanya mampu melihat sesuatu ancaman, babi tidak akan menyondol sesuatu yang tidak pasti.

INI 10 CARA- MENGHALAU HAIWAN LIAR BABI

Terdapat pelbagai kaedah untuk menghalau dan mengatasi masalah serangan haiwan perosak ini. Berikut adalah cara-cara menghalau babi dari merosakkan tanaman, mungkin ramai yang belum tahu.

Mari saya kongsikan.

cara-cara menghalau babi

1. PATUNG HARIMAU

Letakkan patung harimau di kawasan kebun yang sering diserang, babi takut pada binatang yang lebih kuat daripadanya.

2. AIR KENCING HARIMAU

Caranya letakkan kencing harimau di tempat yang sering menjadi sasaran babi. Ia adalah sejenis cairan yang dihasilkan daripada campuran ubat gegat dan belacan bakar.

3. RAMBUT MANUSIA

Rambut yang dipotong halus-halus. Apabila masuk dalam kerongkong, babi akan tersedak dan tidak akan pergi ke tempat itu lagi. Ada yang cakap cara ini lebih berkesan.

4. TELUR & JARUM

Cara ini ibarat menyantau dengan rebus telur dan cucuk 5 atau 6 batang jarum pada telur tersebut. Perut babi akan luka apabila tertusuk jarum, dan tidak akan datang lagi ke tempat itu. Cara ini juga agak berkesan.

5. RADIO

Pasang radio kuat-kuat di kebun yang menajdi sasaran. Babi yang terdengar bunyi bising tidak akan datang ke kawasan tersebut kerana disangka ada kelibat manusia.

6. LENNEX

Menurut carian di internet, ia adalah sejenis racun untuk membunuh babi. Caranya campurkan pada makanan dan babi akan mati serta-merta apabila termakan racun tersebut. Anda boleh google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

7. JERANGKAP SAMAR

Caranya korek lubang bersaiz 5x5x5 kaki, tutup dengan daun pelapah sawit dan diatasnya kita umpan makanan yang sedap-sedap! Tunggu satu malam dan lihat hasil keesokan harinya!

8. PAGAR ELEKTRIK

Yang ini memang sangat berkesan. Cuma kos agak mahal tapi amat berbaloi. Jika ada modal saya sarankan anda memasang pagar elektrik di kebun kesayangan anda.

9. CERMIN

Gantung cermin pada sebatang pokok menggunakan tali dan biarkan cermin tersebut berpusing-pusing. Babi takut bila melihat bayang-bayangnya sendiri atau kilauan dari cermin pada waktu malam.

10. TEMBAK

Kaedah terakhir bila tidak ada pilihan ialah menembak babi yang merosakkan tanaman anda. Anda berani?

**KREDIT: Pertanian Satu Perniagaan

Sumber: Facebook Pejabat Pertanian Daerah Muar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×