Deko & Hias

Pokok Cili Kena Serangan Perosak? Guna Air Semburan Rebusan Bunga Cengkih, Menjadi!

25
SHARES

Siapa saja yang tidak mahu tanamannya hidup subur, cantik dan bebas dari serangga perosak, betul tak? Lagi-lagi serangga perosak seperti bena putih dan parasit yang sentiasa merosakkan tanaman cili padi.

Disebabkan itu, saudara Khairulazani Bin Hassan Sabery yang pernah berhadapan masalah ini telah berkongsikan petua dari orang ramai yang membantunya dulu. Air semburan tanaman yang dibuat dari rebusan bunga cengkih ternyata memulihkan pokok cilinya dari masalah serangga perosak tersebut.

Baca juga: Baru Nak Berjinak Dalam ‘Dunia Tanaman’? Ini 6 Jenis Tanah Yang Anda Perlu Tahu, Barulah Hidup Subur!

AIR REBUSAN BUNGA CENGKIH BANTU MENGHALAU BENA & PARASIT TANAMAN

Hari itu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ni. Kena serangan bena dan parasit yang jenis sedut bendalir pokok tu.

Terima kasih yang bagi petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi! Sekarang dah berbunga dan berbuah dah, terima kasih.

Tambahan: Saya kongsi cara saya buat.

CARA BUAT AIR SEMBURAN TANAMAN DARI REBUSAN BUNGA CENGKIH

BAHAN-BAHAN:

  • Segenggam bunga cengkih.
  • 1 liter air.

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Saya ambil segenggam bunga cengkih.

2. Kemudian, rebus dengan 1liter air. Rebus dalam 15 minit ke 20 minit.

3. Setelah itu, biarkan ia sejuk.

WAKTU PENYEMBURAN AIR REBUSAN BUNGA CENGKIH PADA TANAMAN CILI:

Esoknya boleh semburkan air ini, saya buat malam. Sembur pula permulaan, 2x sehari pagi dan petang selepas siram pokok. Saya buat 2-3 hari je.

Selepas itu, saya buat seminggu sekali je dalam 2 minggu. Ini dah sebulan tak buat, Ahamdulillah okay. Ingat minggu depan nak buat lagi.

P/S: Sembur secara rata tau, atas bawah depan belakang yang ada bena tu sembur kan.

Sumber: Facebook Khairulazani Bin Hassan Sabery via Berkebun Untuk Beginner

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×