Deko & Hias

Hapuskan Kulat Almari Guna DIY Dehumidifier Gel Silika, Lelaki Ini Kongsi Caranya!

649
SHARES
cara hapus kulat almari

Penulis percaya anda pernah menghadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat seakan habuk-habuk halus di permukaannya, bukan? Disebabkan itu, penulis ingin kongsikan cara hapus kulat almari seperti dikongsikan oleh saudara Bijen Mohd.

Selepas 2 tahun menggunakan trick pemudah cara di rumah ini iaitu DIY dehumidifier gel silika, ternyata hasil di pengakhirannya memang berkesan! Menurutnya, kulat mudah membiak pada almari yang berkualiti rendah yang diperbuat dari habuk kayu. Hal ini kerana, almari jenis ini mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.

Justeru itu, kalau anda nak tahu bagaimana cara-cara saudara Bijen lakukan, mari ikuti penjelasannya di bawah.

Baca juga: Pening Nak Pilih Yang Mana? Rupanya Pencuci Baju Jenama Ini Ada 7 Jenis Berbeza Fungsi!

CARA HAPUS KULAT ALMARI GUNA GEL SILIKA

cara hapus kulat almari

Ingat lagi dua tahun lepas saya pernah share cara buat DIY dehumidifier menggunakan gel silika? Ada sesiapa yang dah cuba? Macam mana kesannya? Berhasil tak?

Hari ni nak bagi testimoni sikitlah. Setelah dua tahun menggunakan kaedah tersebut, saya dah boleh tarik senyum lebar sampai ke telinga. Dalam seminggu ni saya buat deep cleaning dekat rumah, tak jumpa sehabuk kulat pun.

Kalau diikutkan, dah dua cycle musim winter dekat Kertih ni. Saya pun tak ambil cakna sangat keadaan dalam rak tu. Tengok-tengok, kulat langsung tak timbul balik. Issue permanently solved.

So, ni saya kongsi balik cara nak selesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah. Ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah.

CARA HAPUS KULAT ALMARI

LANGKAH 1 & 2

cara hapus kulat almari

Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu. Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.

Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembukusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.

Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.

LANGKAH 3 & 4

cara hapus kulat almari

Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik. Kalau korang beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.

Oh ya, kristal ni boleh dikitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, korang boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali dekat dapur.

Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya. Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Haha! Sat lagi korang salah faham pula.

cara hapus kulat almari

Satu lagi tips nak kongsi, kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut. Hal ini kerana, udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan.

So, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik. Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.

HASILNYA…

cara hapus kulat almari

Ni rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.

Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.

So, nampaknya berhasillah eksperimen saya. Selamat mencuba!

Boleh lihat posting saudara Bijen Mohd yang sebelum ini, berkenaan isu kulat almari di sini.

Sumber: Facebook Bijen Mohd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×