Mungkin anda hairan kerana bentuknya adalah seperti serpihan kulit pokok dan hanya melekat setempat, tetapi jangan terkejut jika itu sebenarnya adalah sejenis larva yang dipanggil kamitetep atau ulat habuk. Memetik laporan Sinar Harian, kamitetep ini adalah sejenis larva kecil yang boleh mengakibatkan kegatlan, lebam dan sakit yang lama.
Bila dah banyak sangat ulat habuk ini dalam rumah, ini cara untuk anda hapuskan dan kawal ulat habuk atau kamitetep ini dari berleluasa!
Baca juga: Guna 3 Bahan Ini Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Menjadi!
Cara Hapuskan & Kawal Ulat Habuk
Tak kisahlah apa nama yang korang panggil..ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu . Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni juga memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.
Andai kata korang selalu bersihkan rumah & takde sawang sekalipun, tapi kalau kupu-kupu ni dah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur. Kalau ada salah satu ciri-ciri yang disebut tadi, nak-nak dalam rumah memang banyak sumber makanan dia..dah memang ler jadik port dia beranak pinak.
Ulat habuk ni makan sawang labah-labah, rambut-rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil & gak fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit, & ulat beluncas kupu-kupu tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal-gatal badan bagi orang yang kulit sensitif & ada alahan.
Walaupun macam tu, gatal-gatal badan bila baring atas tilam & pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh juga berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan. Kalau tiba-tiba rasa gatal & ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkin gak berpunca dari agas. So banyak punca lain jadi gatal-gatal ni melainkan korang memang jumpe sendiri la ulat habuk ni..
Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray racun serangga. Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu-kupu tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu-kupu tu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur-telur ni bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong & mula merayap pula. Telur-telur ni pun kena hapuskan sebelum ia menetas untuk elakkan masalah dikemudian hari.
Kat sini saya share cara hapuskan ulat habuk ni since saya pernah alami masalah ternak ulat habuk ni dalam almari secara tak sengaja (boleh baca post sebelum ni) & baru-baru ni kat trek sliding door dah jadik port baru dia pula (kawasan rumah sekarang ni banyak sangat ulat ni hampir setiap level ade jer bergantungan ulat habuk kat dinding even dalam lif pun ade juga.
Hapuskan Kamitetep Dalam Almari Pakaian
Kalau kupu-kupu bertelur dalam almari memang leceh sangat.. Sebab anda takkan tahu dekat baju mana ia bertelur.
1.Keluarkan semua pakaian dari almari.
2.Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu-kupu. (Kupu-kupu biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby ulat dapat makan dengan cukup).
3.Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU
4.Basuh je semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang-kurangnya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu-kupu tu.
5.Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur-telur serangga & hama.
6.Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu-kupu. Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.
Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil
1.Cabut semua cadar & sarung bantal.
2.Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik-baiknya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.
3.Vakum tilam & bersihkan bawah katil.
4.Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.
5. Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun-daun yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.
Kawal Ulat Habuk Dalam Rumah
Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu-kupu takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi. Cumanya kena kerap:
1.Bersihkan habuk & sawang
2.Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
3.Bersihkan almari & katil secara berkala
4.Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah-celah trek pintu/tingkap sliding.
5.Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu-kupu ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu-kupu masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.
Harap-harap sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk tu..
Baca juga: DIY Pewangi Anti-Kulat Almari Hanya Guna 3 Bahan Rumah, Kulat Hilang & Baju Pun Harum!
Sumber: Yatie Eimra