Deko & Hias

Jangan Risau Rumah Jadi ‘Tongkang Pecah’, Ini 5 Teknik Mengemas Walaupun Ada Anak Kecil

2
SHARES
cara kemas rumah

“Aduh penatnya setiap kali kemas rumah mesti berterabur semula sebab ada anak kecil. Apa cara kemas rumah yang berkesan ya?”

Inilah perkara yang perlu diharungi oleh mak-mak khususnya apabila setiap kali mengemas rumah, tak sampai setengah jam akan bersepah semula kerana ada anak kecil. Sudah puas dimarah, tetap sahaja sama dan akhirnya rumah kelihatan seperti ‘tongkang pecah’. Apa yang boleh mak-mak buat?

Baca juga: Cara Paling Berkesan Halau Lipan ‘Berkampung’ Dalam Bilik Air, Sekali Buat Dah Lari!

CARA KEMAS RUMAH TERATUR WALAUPUN ADA ANAK KECIL

cara kemas rumah

Berikut merupakan lima cara untuk anda memudahkan urusan mengemas rumah setiap hari. Teratur dan mudah!

#1 Buang sampah setiap hari

Kalau mengikut kaedah orang Jepun atau Korea, mereka akan membuang sampah dapur setiap hari selepas sahaja selesai memasak. Malah mereka siapkan jadual juga untuk membuang sampah pada waktu pagi atau malam. Janganlah pula tunggu bakul sampah penuh dan berbau baru nak dibuang kerana boleh mengundang lalat dan tikus!

#2 Pakaian yang kering dijemur terus lipat

Mengikut teknik Marie Kondo, ada teknik tertentu dalam proses melipat baju supaya nampak kemas. Tetapi, kalau tak ada masa untuk melakukan teknik Marie Kondo pun tidak mengapa, paling penting adalah selepas pakaian yang dijemur telah kering terus lipat dan simpan. Jangan simpan berbakul-bakul pula.

#3 Kemas ruang tamu tengah hari atau malam

Ruang tamu dan bilik memang merupakan ‘medan pertempuran’ bagi anak-anak khususnya ketika hujung minggu. Baru sahaja kemas sofa, sudah dilambung bantal-bantal kecil merata-rata. Jadi, apa yang mak-mak semua boleh lakukan adalah dengan mengemas kawasan dalam rumah ini sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu tengah hari dan tengah malam. Hal ini kerana, ini merupakan waktu mereka tidur dan sangat sesuai untuk mengemas.

#4 Jangan biarkan singki penuh

Seperti buang sampah tadi, ini sama juga dengan mencuci pinggan mangkuk di dalam singki. Setiap kali selesai makan, selesai makan tengahari dan malam, pastikan untuk terus mencuci barang-barang yang telah diguna. Bukannya apa, kalau tidak dicuci pinggan mangkuk yang kotor ini, sakit mata dibuatnya!

#5 Cuci tandas sambil mandi

Ini paling mudah untuk dibuat iaitu sambil mandi sambil bersihkan bilik air. Apa yang anda boleh lakukan adalah menyental lantai ataupun bersihkan singki dan mangkuk tandas supaya sentiasa wangi dan berkilat. Maklumlah bila ada anak kecil di rumah, tandas mungkin akan kelihatan agak berserabut dari biasa.

cara kemas rumah

*Jadi, mak-mak jangan terlampau stres bila rumah bersepah ya. Curi sedikit masa untuk kemas bila ada waktu yang sesuai dan boleh juga ajak anak sama-sama mengemas!

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

Sumber: TheSimpleBalance.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×