Euforia Bola 2026
Dapur

Tak Payah Sental Berjam-Jam! Guna 2 Bahan Sahaja Untuk Dapur Kemas & Bebas Minyak

Pes soda bikarbonat dan sabun cuci pinggan

Bila sebut bab memasak untuk keluarga, memang satu kepuasan buat kita sebagai seorang ibu. Mana taknya, bila tengok suami dan anak-anak makan bertambah, hilang terus penat berdiri lama di dapur.

Tapi masalah sebenar bermula bila tiba masa nak mengemas! Lagi-lagi bila melibatkan menu seperti sambal tumis, rendang, atau ayam goreng kunyit. Minyak merecik satu dapur, kesan percikan dekat dinding seramik, belum kira lagi periuk yang ada kesan hangus di bawahnya.

Bila fikir nak sental satu per satu , rasa macam nak tutup mata je tinggalkan sinki tu, kan?

Jangan bimbang! Sebenarnya anda tak perlu berbelanja mahal beli pencuci atau habiskan masa berjam-jam menyental dapur. Guna dua bahan dapur biasa yang memang sedia ada ini sahaja untuk hilangkan segala kesan minyak degil.

Baca juga: Anak Dah Tidur Tapi Kenapa Ibu Masih Sukar ‘Off’ Minda Walaupun Dah Penat?

Rahsia Campuran Soda Bikarbonat & Sabun Cuci Pinggan

Kunci utama untuk hilangkan minyak tebal tanpa perlu perah tenaga adalah dengan membiarkan tindak balas bahan semula jadi ini bekerja untuk kita.

  • Soda Bikarbonat: Bertindak sebagai bahan abrasive lembut yang memecahkan kotoran tanpa merosakkan permukaan dapur.
  • Sabun Cuci Pinggan: Bertindak memotong lapisan lemak dan minyak (de-greaser) dengan cepat.

Cara-Caranya:

  1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk kecil dan campurkan sabun cuci pinggan sedikit demi sedikit sehingga membentuk pes pekat.
  2. Lumurkan pes ini pada kawasan berminyak seperti cermin dapur, dinding jubin atau penutup cerek.
  3. Tinggalkan selama 10 hingga 15 minit.
  4. Ambil kain mikrofiber yang dicelup air suam dan lap seperti biasa. Korang akan nampak segala kotoran minyak tanggal dengan sekali usap.

3 Petua Yang Anda Perlu Cuba Hujung Minggu Ini

 Petua wap lemon untuk kilatkan microwaveOpens in a new window Petua wap lemon untuk kilatkan microwave

Selain pes DIY tadi, ini tiga lagi petua praktikal yang wajib anda cuba:

  • Petua Wap Lemon Untuk Microwave: Makanan selalu meletup dalam microwave? Potong sebiji lemon, letak dalam mangkuk berisi air dan panaskan selama 3 minit. Biarkan pintu tertutup selama 2 minit supaya wapan lemon dapat melembutkan kotoran tebal. Selepas itu, lap sahaja guna kain bersih. Microwave anda berbau wangi dan berkilat.
  • Penyelamat Periuk Hangus: Jangan buang periuk yang ada kesan legam di bawah. Isikan air dan 2 sudu besar soda bikarbonat, kemudian didihkan atas dapur selama 5 minit. Kesan kerak hangus akan terangkat sendiri tanpa perlu disental keras.
  • Hilangkan Bau Hapak Peti Ais: Letakkan satu bekas kecil berisi serbuk soda bikarbonat tanpa bertutup di dalam peti ais. Ia bertindak menyerap segala bau kurang enak daripada bahan basah.

Nota: Walaupun soda bikarbonat selamat dan berkesan, elakkan daripada menyental permukaan batu marmar atau granit asli secara kasap kerana sifat kakisannya boleh menguraikan lapisan kilatan batu tersebut. Untuk jubin seramik dan stainless steel, memang sangat selamat dan digalakkan!

Selepas ini, tak ada lagi isu penat menyental dapur sampai sakit-sakit badan. Dapur bersih, hati pun
lapang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×