Deko & Hias

‘Sliding Door’ Almari Terkeluar Dari Landasan? Ini Cara DIY Tak Perlu Beli Almari Baharu

29
SHARES

Almari yang telah lama dibeli, selalunya akan mempunyai masalah pintu gelangsar atau ‘sliding door’ yang sukar dibuka atau tidak lagi lancar apabila menolaknya. Mulalah diri rasa nak tukar baru tapi untuk membeli sebuah almari bukanlah kecil harganya.

Justeru itu, sekiranya anda menghadapi masalah pintu gelangsar yang sering terkeluar dari landasan, apa kata anda cuba tips DIY yang dikongsikan oleh saudara Basyeer Hulala di bawah. Hanya perlu tukar anti jump roller sahaja. Semoga dapat membantu!

Baca juga: Ini Panduan Sukatan Bancuh Simen Ikat Bata, Plaster & Lain-Lain, Boleh Buat Sendiri

CARA DIY HANYA TUKAR ANTI JUMP ROLLER SAHAJA

Gambar hiasan: strachan.co.uk

Bagi sesiapa yang ada masalah sliding door almari baju asyik terkeluar dari landasan, boleh DIY tukar anti jump roller macam ini.

Yang v2 itu jenis asal. Tiada besi memanjang terjuntai tu yang berfungsi sebagai anti jump. Dia jadi macam spring, kita boleh tolak masuk roller tu ke dalam.

Ada ramai seller yang jual, boleh cari dalam Shopee.

Kalau sliding door memang macam dalam gambar first tu, cuma beli yang roller set sahaja. Yang lain tak perlu. Untuk stopper tu nak mudah guna, gam lilin saja lekat dekat rail tu.

Sumber: Facebook Basyeer Hulala via Tukang Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×