Sekiranya anda berhasrat untuk menutup kerosakan kecil yang ada di lantai atau dinding rumah, penulis sarankan untuk mengikuti tips dan cara bancuh simen dari Hassan Hardware dan Jamal The Solo Builders ini. Ia boleh dijadikan sebagai panduan berguna untuk anda membuat sukatan bancuhan simen yang betul.
Panduan ini telah dikongsikan semula oleh saudara Elang Buana untuk membancuh simen ikat bata, plaster, render dan konkrit. Selain itu, terdapat info tambahan mengenai nisbah bancuhan konkrit juga. Semoga bermanfaat.
Baca juga: Cara DIY Baiki Pintu Plywood Rumah Berlubang, 4 Pintu Tak Sampai RM50 Pun!
CARA BANCUH SIMEN IKAT BATA, PLASTER, RENDER & KONKRIT
1. GUNA MIXER
Masuk air dulu diikuti dengan simen kemudian pasir kasar dan batu 3/4 jika buat konkrit.
2. SEKIRANYA PASIR BASAH
JIKA pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan, masukkan air sikit-sikit dulu.
3. RULE OF MIXING
Sukatan dalam unit ukuran berat. Contohnya, 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata. TAPI aku hentam sahaja ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.
4. GUNA PASIR KASAR (IKAT BATA & KONKRIT), PASIR HALUS (KEMASAN PLASTER)
Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasir kasar. PASIR halus hanya untuk kemasan plaster sahaja.
Dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasir kasar. Begitu juga dengan ketahanannya untuk long term.
5. ELAK BANCUH SIMEN DENGAN GROUND MIXING, GUNAKAN KERETA SORONG
ELAKKAN bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar anda untuk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kudrat yang banyak untuk membancuhnya.
Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun aturnya. Masuk pasir kemudian simen dan gaul sama rata. Baru masukkan air.
Jika guna batu 3/4 masukkan sekali SETELAH campuran simen + pasir + air SUDAH digaul. Lebihkan air dalam bancuhan itu untuk menerima batu 3/4.
6. LEBIHKAN AIR UNTUK MORTAR
LEBIH AIR. Ya, mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air. Jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan.
Tukang tak suka bancuh macam ini sebab dia buat nak cepat kering dan cepat siap. Semakin lambat dia mengeras semakin bagus konkrit tersebut.
INFO TAMBAHAN: NISBAH BANCUHAN KONKRIT
Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini. Sedangkan, ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.
Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud:
1 = Simen
2 = Pasir
4 = Batu
Untuk membancuh gred G20 bersamaan,
1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu
Jadi untuk
1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu
Jumlah air simen yang sesuai untuk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter. Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air.
1 beg simen : 50kg = 50kg x 0.55 = 27.5 Liter air
GRED CAMPURAN KONKRIT
Campuran konkrit akan digredkan dengan gred-gred berikut:
a) G15 (1:3:6)
b) G20 (1:2:4)
c) G25 (1:1.5:3)
d) G30 (1:1:2)
Walau bagaimanapun untuk penambahan “safety factor” dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.
Kredit/Copypaste: Hassan Hardware & Jamal The Solo Builders
Sumber: Facebook Elang Buana via Tukang Apa Hari Ini
FT Image: jcomp