Rasa seperti tidak berbaloi untuk beli baru sekiranya keadaan pintu plywood rumah mempunyai sedikit kerosakan seperti berlubang kecil atau pecah. Ada cara DIY pintu bilik atau baikinya sendiri dengan cara menampal untuk menjimatkan kos pengeluaran anda.
Melalui perkongsian idea dari Puan Ashura, jumlah membaiki 4 pintu di rumahnya tidak sampai RM50 pun dan ini tidak termasuk cat. Justeru itu, mari ikuti perkongsian DIY untuk membaiki pintu rumah kayu yang berlubang seperti di bawah ini.
Baca juga: Usah Risau! Ini Cara Mudah Bersihkan Periuk Hangus Rentung & Berkerak
DIY PINTU BILIK PLYWOOD BERLUBANG DENGAN MUDAH
So, rumah baru kami ada 4 pintu utama dan semua pintu ada pecah-pecah. Nak tukar termasuk upah memang lari bajet, so kita DIY repair sendiri dan nanti undercoat, kasi cat sekali jalan, Insha Allah.
Total repair 4 pintu, Alhamdulillah tak sampai RM50 (tak termasuk cat la). Kalau tukar 4 pintu, busuk-busuk RM480 lah terbang termasuk upah install. Itu belum cat lagi, pintu plywood kosong warna kayu.
DIY MEMBAIKI PINTU KAYU RUMAH
BARANG-BARANG:
- Scrapper
- Kertas pasir
- Pisau
- PU Foam Spray
- Filler
- Self adhesive joint tape
PROSES:
1. Kemaskan pintu yang berlubang dengan menggunakan scrapper.
2. Setelah itu, tembak PU Foam di tempat berlubang tersebut. Selepas sejam, potong lebihannya dan ratakan.
3. Lekatkan pula joint tape di atas PU Foam tersebut.
4. Kemudian sapukan wood filler.
5. Lepas segalanya kering, kemaskan ia dengan kertas pasir.
6. Kemudian pintu boleh dicat. Dah settle!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Ashura AT