Deko & Hias

DIY Lantai Pasang Vinyl Guna Sticker RM2 Kedai Eco Stail Herringbone, Cantik!

80
SHARES

Terdapat pelbagai idea DIY yang kreatif dihasilkan untuk menghias rumah supaya nampak lebih cantik tetapi menggunakan kos yang rendah dan menjimatkan.

Seperti mana yang dilakukan oleh seorang suami ini, hanya menggunakan Vinyl Sticker di kedai ECO untuk pasang di atas lantai rumahnya ala-ala stail herringbone.

Wahhh hebat! Jom lihat kesungguhan dan kegigihan beliau, yang pada mulanya hanya nak pasang carpet sahaja.

Baca juga: 5 Cara Berkesan Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian & Fabrik!

DIY LANTAI PASANG VINYL STICKER RM2 KEDAI ECO STAIL HERRINGBONE, CANTIK!

Alhamdulillah!

Tajuknya bukan tukang hari ini tapi Tukang Lima hari tuan puan. Lima hari! Hahaha.

Kisahnya niat dihati nak pasang carpet saja tapi tetiba terpikat pulak dgn vinyl sticker kedai RM2. Harga sama lebih kurang dengan shopee. Atas idea wife, makanya terhanguslah duit beli 140pcs vinyl sticker ni hehe.

Konon-konon nak canggih laa pasang ala-ala herringbone stail fuhhhh~ Agak mencabar mental dan fizikal sebab tu ambil masa 5 hari tu (mungkin sifu-sifu 5 jam siap dah hahaha).

Kalau tuan puan tak tahu theorem pythagoras takyah la buat herringbone ni. Hahaha. Okay saya tipu hahaha.

Ilmu belajar dari Youtube tengok kiraan semua dari Youtube hihi.

PENYEDIAAN YANG DILAKUKAN & HASILNYA…

Ikutkan harga dekat shopee boleh dpt RM1.80 tapi boleh beli 2 kotak sahaja. Dan bila tambah postage harga sama je dengan dekat eco. So kita decide beli kat eco je. Huhu modal hangus RM294 – 140pcs

Starting nak start kerja wajib ada L square dengan L 45°, pembaris panjang dan pisau.

Mula-mula kena tanda center supaya kita tak lari dari landasan jalan yang benar. Permulaan ni yang seksa dan yang hujung-hujung, yang tengah-tengah happy happy je pasang.

Saya suka betul dengan tukul hijau tu. Melantun-lantun sedappp je ketuk-ketuk hahahaha.

Alhamdulillah! Sedap mata memandang. Hasil kerja sorang (bab tampal menampal, time membersihkan wife tolong skali hihihi). Lima hari tuan puan hahaha. 

Fuhhh…puas hati betul dapat siapkan.

Tu hujung tu, papan MDF potong pendek. Kita tunggu tahun depan dia membesar memanjang dengan jayanya hahaha. Saya lekat vinyl tu pada papan MDF.

Alhamdulillah berjaya walaupun skirting tak siap lagi. Tadi hampir-hampir siap, salah potong pulak kayu jadi pendek. So kita tunggu tahun depan laa tengok kayu tu membesar panjang tak hahahaha.

Untuk tahun ni, project siapkan bengkel dan ofis sendiri. Kita sambung tahun depan fuhhh mcm lama lagi hehehe. Video tak siap lagi untuk ditonton, saya akan share cara saya pasang (ni pun tahun depan hahaha).

Happy New Year semua geng-geng tukang DIY.

*UPDATE – Skirting dah siap tuan puan. Kerja-kerja tahun lepas telah selesai sepenuhnya tahun ni. Okay tunggu tahun depan dan tahun-tahun berikutnya kita tengok kejadiannya sebab ramai yang tak percaya dengan vinyl eco ni hahahaha.

Sumber: Muhamad Nur Faizul V via Tukang Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×