Dapur

Usah Risau! Ini Cara Mudah Bersihkan Periuk Hangus Rentung & Berkerak

114
SHARES
cara cuci periuk hitam

Sudah menjadi kebiasaan para wanita ketika memasak, pasti akan melakukan tugas lain seperti membasuh pinggan. Akibat terlupa, maka periuk di dapur ditinggalkan lama sampai hitam legam jadinya akibat hangus terbakar. Bila tak tahu cara cuci periuk hitam, nak tak nak kenalah buang kerana sudah tak boleh digunakan lagi.

Perasaan kecewa dan sedih mesti ada nak pula jenis periuk yang berkualiti. Justeru itu, anda tak perlu risau jika berada dalam situasi tersebut kerana ada cara mudah untuk menghilangkannya seperti perkongsian di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Doktor Kongsi 5 Petua Mudah Halau Serangga Dalam Rumah, Semua Lari!

CARA CUCI PERIUK HITAM HANYA CAMPURKAN 2 BAHAN SAHAJA!

cara cuci periuk hitam

Hi semua, saya nak kongsi tip yang berguna untuk mak mak dekat dapur. Biasa kita selalu nampak post kes terlupa semasa memasak. Almaklum, kadang kita ralit pada kerja yang lain atau kadang-kadang terlena atau lebih sedap dipanggil chemo brain macam saya hehe.

Tahu-tahu ada bau semerbak satu rumah. Maka mula la kita panik, sedih, kecewa sebab periuk sudah hitam. Tetambah kena periuk yang agak mahal, maka di sini teman kongsikan cara bagi periuk itu bersinar kembali.

Sebenar ada 7 cara tapi yang ini salah satu cara yang pernah saya cuba dan menjadi. Kita guna bahan yang ada dekat dapur saja iaitu menggunakan baking powder atau soda bikarbonat dicampurkan bersama lemon atau cuka.

Kalau tak ada soda bikarbonat, boleh guna baking powder sahaja pun dah okay.

CARA MUDAH SENTAL PERIUK HANGUS & BERKERAK

cara cuci periuk hitam

BAHAN-BAHAN:

  • Soda bikarbonat atau baking powder.
  • Lemon atau cuka.

CARA-CARANYA SEPERTI BERIKUT:

1. Mula-mula kita panaskan air dalam kuali atau dalam periuk.

2. Masak hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat atau baking powder.

3. Biarkan sejuk.

4. Kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik keseluruhan periuk rendamkan.

5. Biarkan berapa jam kemudian barulah disental.

Kadang-kadang ia akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja dah berkilat semula. So mak mak semua selamat mencuba ya.

P/s: Periuk stanless steal lebih menyerlah.

Sumber: Facebook Makudacun Ibra via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×