Baik periuk biasa atau stainless steel, ramai yang gemar menggunakan berus dawai untuk menghilangkan kotorannya. Namun, menurut Angeline Tyy kaedah ini adalah salah kerana boleh merosakkan permukaannya. Justeru itu, terdapat cara yang betul untuk memastikan ia bertahan sampai ke anak cucu, seperti perkongsian tips menjaga periuk stainless steel di bawah ini.
Baca juga: Dah Ganti Baru Tapi Pelik Jam Dinding Selalu Rosak, Rupanya Salah Guna Jenis Bateri!
TIPS MENJAGA PERIUK STAINLESS STEEL
Kalau tahu cara yang betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia atau berasid seperti:
- asam
- jus nenas atau lemon
- cuka
- baking soda
- coke
- garam
untuk membasuh periuk stainless steel, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
Baca juga: Punca Tingkap Kereta Berat Rupanya Tak Jaga Getahnya, Itu Yang Rosak ‘Power Window’!
Baca juga: Cara Tukar Getah Pintu Peti Sejuk Yang Tertanggal, 2 ‘Steps’ Je & Jimat Kos Bila Buat Sendiri!
Cara yang betul adalah:
- Merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak.
- Kemudian, buang air tersebut.
- Lap segala minyak, kotoran atau makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
- Selepas itu, baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang basah dengan Axion atau Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3.
- Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan, periuk itu akan sentiasa kekal berkilat.
Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat, hanya membasuh dengan biasa. Tersangat mudah untuk dibasuh.
Baca juga: Tips Bersihkan Dapur Gas Hitam Berkarat, Sembur Dengan Bahan Ini Hasilnya Berkilat!
Baca juga: Cara Halau Anak Lipas Dalam Kereta Bancuh 1 Bahan Ini Sebagai Umpan, Banyak Terperangkap!
Sumber: Angeline Tyy via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL
FT Image: Angeline Tyy