Dapur

Tips Bersihkan Dapur Gas Hitam Berkarat, Sembur Dengan Bahan Ini Hasilnya Berkilat!

42
SHARES
cara cuci dapur gas

Tempat memasak seperti dapur gas bukan sahaja perlu dijaga bersih malah ia juga mampu mempengaruhi emosi seseorang. Hal ini kerana, dapur gas yang sentiasa terjaga dan sedap mata memandang akan meningkatkan mood untuk memasak. Berikut terdapat beberapa tips dan cara cuci dapur gas yang kotor, terutamanya sudah berkarat.

Cara mudah mencuci kotoran degil pada dapur gas ini hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada di dapur anda sahaja. Jom cuba!

Baca juga: 5 Tema Menarik Deko Bilik Tidur Si Kecil, Ruang Privasi Anak Macam Dunia Fantasi!

CARA CUCI DAPUR GAS BERKARAT & KOTOR

cara cuci dapur gas

Berikut ialah senarai bahan yang anda perlukan:

  • Cuka
  • Baking soda
  • Tisu
  • Berus lembut/span/berus gigi
  • Kain bersih
cara cuci dapur gas

Gambar: Lekapkan permukaan gas dengan tisu dan semburkan dengan cuka.

Baca juga:  Info TARIKH LUPUT Pada Bungkusan Bateri Ramai Tak Tahu, Patutlah Cepat ‘Kong’!

  1. Mula-mula hilangkan sisa kotoran degil di atas permukaan dapur gas menggunakan kain lembut.
  2. Kemudian, masukkan cuka ke dalam botol untuk memudahkan proses penggunaannya.
  3. Setelah itu, semburkan cuka tersebut di seluruh permukaan dapur gas.
  4. Letak tisu di atas permukaan dapur dan sembur dengan cuka.
  5. Buat langkah 4 di keseluruhan kawasan permukaan dapur gas.
  6. Biarkan ia selama 30 minit.
  7. Selepas 30 minit, tanggal semua lapisan tisu dan lap sampai kering (anda dapat lihat kesan karat dan kotoran melekat pada tisu tersebut).
  8. Teruskan mencuci dapur gas dengan menaburkan baking soda pada keseluruhan permukaannya.
  9. Semburkan sekali lagi cuka dan gosok dengan span atau berus lembut seperti berus gigi lama.
  10. Lakukan proses penyentalan sehingga segala kotoran tertanggal.
  11. Lapkan dengan kain bersih sehingga betul-betul kering dan pasang semula alas tungku gas.

Hasilnya, dapur gas anda sudah tiada lagi nampak kesan karat dan kotoran gedil. Selamat mencuba!

cara cuci dapur gas

Gambar: Kotoran degil yang melekat pada tisu semburan cuka yang telah kering

Baca juga: Tukang Kayu Kongsi Petua AWET KAYU Gred Biasa Guna 2 Bahan, Tahan Bertahun Tak Rosak!

Sumber: CrazyIndianHacker

FT Image: CrazyIndianHacker

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×