Dapur

Tips Deko Dapur Kecil Guna 15 Idea Ini, Cara ‘Simple’ Tapi Tetap Nampak Mewah!

7
SHARES
tips deko dapur kecil

Mungkin ramai yang berhasrat untuk mencantikkan dapur mereka, namun tidak tahu bagaimana dek kerana saiz dapur yang kecil membataskan diri untuk berseni. Kini, anda tak perlu risau kerana penulis ingin berkongsi tips deko dapur kecil agar ia sedap mata memandang dengan cara mudah!

Tips deko dapur kecil ini memiliki 15 idea yang boleh membantu anda untuk berkarya di ruangan tersebut agar ia juga memiliki sentuhan moden, mewah dan eksklusif. Jom baca!

Baca juga: Ada Bunyi Macam Gas Bocor Bila Pasang Kepala Tong Gas Baharu? Jangan Risau, Guna Tips Ini

TIPS DEKO DAPUR KECIL

tips deko dapur kecil

Gambar: yanalya

1. Langsir pengganti kabinet

Memandangkan ada keadaan yang menghalang pemasangan kabinet di dapur jadi ia boleh digantikan dengan langsir untuk menutup kesan tukangan bawah para, tempat simpanan periuk dan tong gas.

2. Pilih satu tema

Berfokuskan pada satu tema akan menyerlah lagi nilai estetika iaitu keindahan sesuatu warna itu. Barulah sedap mata memandang dan tidak serabut dengan terlalu banyak tema yang dimainkan.

3. Backsplash memukau

Selain itu, tips deko dapur kecil untuk nampak lebih glam dan drama, boleh pasang backsplash yang berkilau untuk menjadi tumpuan tetamu yang singgah ke ruang tersebut.

4. Serlahkan warna

Jika anda menyukai gaya ‘open cabinet’ dan ‘closed cabinet’, bolehlah menggunakan idea ini.

Open cabinet memberikan kesan luas di dapur dan boleh dihiasi dengan mempamerkan pasu, bingkai gambar atau pinggan yang cantik. Manakala, bahagian closed cabinet adalah tempat penyimpanan barang seperti periuk dan kuali.

5. Warnai dapur

Warna-warna yang ceria boleh membantu meningkatkan mood anda ketika berada di dapur. Contohnya, menggabungkan warna firus, kuning dan biru.

Baca juga: 9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!

6. Seni sesuai personaliti

tips deko dapur kecil

Sekadar gambar hiasan: user15285612

Orang kata, sesebuah rumah itu menggambarkan personaliti pemiliknya. Jadi, pilih karya seni seperti lukisan, hasil kraf dan sulaman di mana-mana bahagian dapur yang sesuai.

7. Corak jubin

Keunikan dapur kecil anda akan terserlah dengan pilihan jubin yang bercorak. Satu kelebihan juga pada kabinet dan dinding yang berwarna putih kerana ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis corak.

8. Backsplash bercorak

Tips deko dapur kecil yang lain adalah menghias dinding dapur dengan dengan pelekat backsplash bercorak untuk sepadan dengan kemasan jubin yang kosong. Dapur anda akan berwajah baru walaupun dengan kos rendah.

Backsplash dapur adalah kawasan dinding yang terletak di antara kabinet atas dan kabinet bawah.

9. Ruang simpan

Manfaatkan dapur kecil anda dengan menggunakan setiap ruang yang ada. Contohnya, jika anda ada kabinet khas untuk letak peti sejuk, di bahagian tepinya boleh buat satu almari khas untuk gantung kunci, letak surat menyurat, nota pesanan, paper bag yang selalu disimpan dan sebagainya.

10. Kerusi berwarna-warni

Idea tips deko dapur kecil yang seterusnya adalah menggunakan island stool yang berwarna-warni. Baru kelihatan seakan kafe hipster!

Baca juga: Selain Spanar, 10 Alat Repair Rumah Ini Wajib Ada, Bila Terdesak Boleh Guna!

11. Ala Roman

tips deko dapur kecil

Sekadar gambar hiasan: wavebreakmedia

Idea dapur kecil yang ini pula lebih kurang sama dengan dapur mak-mak di kampung zaman dahulu. Separuh tingkap ditutup dengan langsir, manakala sebahagian lagi dibiarkan terbuka supaya cahaya dan udara dapat masuk ke ruangan dapur.

12. Lampu bergaya

Tips memasang lampu hiasan ialah letakkan ia berhampiran dengan sinki dan ruang bertingkap. Hal ini kerana, tidak dapat dinafikan bahawa faktor pencahayaan mencantikkan lagi dapur kecil.

13. Rak pinggan

Dpaur yang kecil bukan penghalang untuk anda mencuba gaya ‘tradisional cottage’. Di mana, kabinet dipasangkan di satu bahagian dapur sahaja, selain ia dibahagikan kepada rak menegak dan melintang. Mudah nak ambil pinggan dan cawan!

14. Rak terbuka

Ini antara konsep deko dapur kecil yang popular sejak akhir-akhir ini. Dinamakan konsep ‘open shelf’, memang cantik!

Anda hanya perlu mahir dalam penyusunan barang-barang di rak sahaja. Jangan letak terlalu banyak barang dan pastikan ia sentiasa tersusun rapi serta bebas habuk.

15. Bermain dengan corak

Kertas dinding, backsplash, langsir mahupun permaidani. Pilih dekorasi yang bercorak kerana ia mampu menyuntikan dos gembira apabila kita berada di dapur.

Baca juga: Guna 2 Bahan Magik Ini Je, Kotoran Hitam Degil Pada KASUT PUTIH Terus Hilang!

Sumber: Kelab Mama

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×