Dapur

9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!

52
SHARES
petua halau semut

Masalah semut di rumah memang tidak akan berkurangan sekiranya tidak ambil tindakan. Terdapat banyak cara atau petua halau semut yang boleh anda cuba dengan menggunakan pelbagai jenis bahan masakan di dapur.

Seperti di bawah ini, terdapat 9 petua halau semut yang boleh anda pilih dan guna untuk menghilangkan semut-semut dan cicak di dalam rumah. Jom cuba!

Baca juga: Selain Spanar, 10 Alat Repair Rumah Ini Wajib Ada, Bila Terdesak Boleh Guna!

PETUA HALAU SEMUT

petua halau semut

Gambar: Google

1. CUKA

  1. Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong.
  2. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.
  3. Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering.

Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.

2. KAYU MANIS & CENGKIH

Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari. Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air dan semburkan ke kawasan banyak semut.

3. SERBUK KOPI

  1. Ambil sedikit serbuk kopi.
  2. Letak di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari.

Baca juga: Guna 2 Bahan Magik Ini Je, Kotoran Hitam Degil Pada KASUT PUTIH Terus Hilang!

4. SODA PENAIK

Gula aising adalah untuk memerangka semut, manakala soda penaik adalah bahan yang boleh membunuh semut tersebut. Caranya:

  1. Campurkan soda penaik dengan gula aising, nisbah 1:1.
  2. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut.

Lihat kesannya dalam beberapa hari.

5. DAUN SIRIH

  1. Cincangkan beberapa helai daun sirih.
  2. Taburkannya pada tempat semut yang selalu berkerumun.

Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.

6. AIR LADA

  1. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.
  2. Boleh juga letakkan beberapa tangkai cili kering pada sekitar laluan semut.

Cara ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.

Baca juga: DIY Guna Bekas Aiskrim Tanam Pokok Kesum, Elok & Segar Merimbun Je Tumbuh!

7. KULIT TELUR

  1. Bakar kulit telur hingga menjadi abu.
  2. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.

8. KULIT LEMON / OREN

Semburan sitrus boleh menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda. Boleh juga menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik.

9. DAUN PANDAN

Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga masukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya.

Baca juga: Ini Tips Kemas BILIK STOR Bersepah, Hasilnya Tak Sakit Mata & Senang Cari Barang!

Sumber: Auni Page via DOA,PETUA DAN AMALAN HARIAN

FT Image: CooperPest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×