Deko & Hias

Ini Tips Kemas BILIK STOR Bersepah, Hasilnya Tak Sakit Mata & Senang Cari Barang!

64
SHARES
tips kemas bilik stor

Bilik stor, seperti namanya ia merupakan ruang penyimpanan barang. Maka, tidak hairan pemandangan bilik ini agak menyakitkan mata yang memandang kerana dipenuhi dengan barang-barang yang bertindan dan tidak tersusun kemas. Disebabkan itu, penulis ingin berkongsikan tips kemas bilik stor dari Puan Neena Zaidi yang begitu memuaskan hasilnya.

Lepas ini, nak cari barang tak adalah asyik tak jumpa saja. Jom, mula kemas bilik stor!

Baca juga: Guna 2 Bahan Magik Ini Je, Kotoran Hitam Degil Pada KASUT PUTIH Terus Hilang!

TIPS KEMAS BILIK STOR

tips kemas bilik stor

Gambar: Neena Zaidi

Baru selesai organized part yang paling mencabar sekali dalam rumah iaitu bilik stor. Mula-mula dulu stor ini okay sikit, tapi makin lama makin serabut. Setiap kali cari barang mesti tak jumpa, lepas itu lepas punggah jadi bersepah.

My husband said, “buat apa nak kemas stor? Kan pintu tertutup bukan orang nampak apa ada dekat dalam”. Sebenarnya kita organize bukan sebab nak nampak elok di mata orang saja.

Kalau sampai nak cari barang pun tak jumpa, nak ambil barang pun susah. It’s not a functional space anymore, but a dumping ground (ia bukan lagi ruang simpan yang berfungsi, tetapi hanyalah tempat pembuangan sampah).

Dan bilik stor ini kecil je, 6 kaki x 7.5 kaki (180cm x 230cm). Nampak besar sebab saya guna kamera wide angle.

Baca juga: Guna Tuil PEMEGANG Lebih Praktikal Dari Tombol Pintu, Doktor Rehab Kongsi Fakta!

Tips untuk menghadkan (maximise) penggunaan ruang:

tips kemas bilik stor

Gambar: Neena Zaidi

  1. Plan sebelum mula menyusn. Listkan barang-barang yang ada dalam stor mengikut kategori.
  2. Ukur keluasan bilik.
  3. Pre-plan kedudukan rak dalam bilik.
  4. Cari saiz boltless rack yang bersesuaian dengan saiz bilik.
  5. Cari storage bin yang bersesuaian dari segi saiz dengan kuantiti yang mencukupi untuk setiap kategori barang.

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Bil Tak Melambung, Terutama Rumah Pakai Aircond & Pemanas Air!

Hasil kemas bilik stor

Hasil daripada proper pre-planning (gambar bawah): Lebar bilik 6 kaki. Depth rak kiri 2 kaki, depth rak kanan 1 kaki. Saya ada ruang 3 kaki dekat tengah-tengah untuk berjalan dan ambil barang tanpa sebarang halangan. Wallpaper yang sikit dekat bawah itu saya buat tutup cat yang dah luntur.

tips kemas bilik stor

Gambar: Neena Zaidi

Bahagian ini (gambar bawah) saya gunakan rak dan storage box yang sedia ada saja. Tak nak membazir beli bekas baru. Depth rak ini 30cm. Dapat lah ambil gambar keseluruhan dari depan sebelum masukkan rak lagi satu.

tips kemas bilik stor

Gambar: Neena Zaidi

Ini rak baru (gambar bawah). Depth 60cm. Storage bin warna biru yang lama. Warna merah itu baru. Cari dekat Shopee warna biru tak jumpa, so tak apalah cacat sikit warnanya.

Semasa process decluttring, tak banyak pun barang yang dibuang sebab saya selalu buat spring cleaning berkala. Barang ngam ngam saja dengan saiz ruang. Karpet dan tangga pun ada tempat sendiri.

tips kemas bilik stor

Gambar: Neena Zaidi

Baca juga: Ini 9 Idea Pilihan Warna Sejuk Untuk Bilik Tidur, Barulah Lena & Tenang Mata Memandang!

Sumber: Neena Zaidi via Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY

FT Image: Neena Zaidi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×