Deko & Hias

Lelaki Kongsi Tips Bil Tak Melambung, Terutama Rumah Pakai Aircond & Pemanas Air!

33
SHARES
tips jimat elektrik

Rumah orang sekarang, sudah ramai yang memasang penyaman udara (air conditioner) dan pemanas air (water heater). Maka, tidak hairan jika bil elektrik tinggi melambung. Walaupun begitu, anda masih boleh menikmati kemudahan ini dengan nilai bil yang murah melalui tips jimat elektrik yang dikongsikan saudara Muhammad Faris Abdullah di bawah.

Baca juga: Cara Mudah Cuci KERAK Cawan Guna 1 Bahan Je, Kurang 5 Minit Terus Bersih Berkilau!

TIPS JIMAT ELEKTRIK

tips jimat elektrik

Gambar: Muhammad Faris Abdullah

Saya baru pindah rumah sewa bulan November tahun lalu. Saya ingin berkongsi tips kurangkan bill electric. Saya berjaya kurangkan hampir 50% daripada Rm147 pada bulan Nov 22 kepada Rm73 Pada Jan 23.

Ini merupakan tabiat yang kuat pakai current bulan Nov 22:

  1. Aircond ON pagi petang siang malam. Saya set 25°C sahaja dengan harapan jimat electric.
  2. Mandi air panas lama2 dalam toilet healing layan warm shower.
  3. Lampu on sahaja sesuka hati sebab LED ingatkan jimat elektrik.
  4. Masak pakai dapur elektrik.
  5. Dapur pakai air coway

Pada bulan December saya cuba lah untuk berjimat, saya pastikan lampu semua tutup tiada yang terbiar. Lain-lain masih seperti biasa. Tak banyak turun jadi Rm120++ juga.

Baca juga: Ini 7+ Sebab Perlu Beli Rumah Awal & Harga Pelbagai Kediaman, Baru ‘Saving’ Bermatlamat!

Tips jimat bil elektrik

Akhirnya saya berjaya cari punca bil melambung dan jimat bill electric kepada Rm73 sahaja sebulan pada Jan 23:

  1. Penyaman udara (air conditioner) saya hanya buka 8-10 malam. Selepas itu saya tutup, malam tidur pakai kipas sahaja. Buka tingkap supaya sejuk. Aircond sebenarnya kuat pakai elektik.
  2. Tiada dah mandi air panas lama-lama. Pagi-pagi je 5 minit mandi siap terus keluar. Water heater direct heating kuat pakai current.
  3. Lampu LED buka bila perlu. Saya buka langsir natural lighting.
  4. Masih masak pakai dapur elektrik sebab rumah tiada dapur gas. Masak 3 kali sehari.
  5. Air coway seperti biasa.

Kesimpulan

Aircond walaupun set pada 25°C jika buka 24/7 bil ektrik akan melambung. Saya sekarang pakai kipas saja, melainkan betul-betul terdesak baru balik jalan-jalan penat so saya on aircond.  Malam on 8-10 malam sahaja untuk anak-anak tidur. Selepas itu, pakai kipas sahaja buka tingkap natural ventilation.

Water heater juga kuat pakai elektrik selagi boleh mandi air sejuk mandi saja la haha asalkan mandi. Kalau nak mandi air panas jangan healing lama sangat nanti bil elektrik naik.

Anak-anak pun tak main mandi air panas, mandi air biasa saja. Sebelum ini tak kisah itu bil naik.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini Pada Jalur Gemilang, Bendera Rasmi Lambang Negara Malaysia!

Sumber: Muhammad Faris Abdullah via Tukang Apa Hari Ini

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×