Sihat

Ini Beberapa Petua Sejukkan Badan, Bantu Rasa Segar Di Kala Cuaca Panas ‘Lit’!

76
SHARES
petua sejukkan badan

Semua sudah sedia maklum, sekarang ini Malaysia sedang mengalami cuaca panas yang tidak boleh dielakkan. Disebabkan itu, terdapat beberapa petua sejukkan badan boleh anda amalkan di kala waktu ini.

Petua ini telah dikongsikan oleh Public Health Malaysia, bagi masyarakat mengatasi dan mengurangkan rasa panas berbahang ini supaya anda rasa lebih segar dan selesa.

Baca juga: Kesan Mandi Malam Betul Ke Bahayakan & Memudaratkan Kesihatan? Doktor Jelaskan!

PETUA SEJUKKAN BADAN

petua sejukkan badan

Di mana, pada April lalu, Berita Harian telah melaporkan El Nino dijangka akan berpanjangan sehingga bulan September. Fenomena El Nino sedang dialami Malaysia menyebabkan hujan berkurangan, sekali gus berisiko mengakibatkan paras air sungai merosot dan empangan menjadi kering.

Susulan perkara itu, apa kata anda cuba beberapa kaedah dan bahan-bahan ini untuk menyejukkan badan seperti di bawah.

CARA MENYEJUKKAN TUBUH BADAN

1. RENDAM KAKI DALAM AIR SEJUK

Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit, mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks.

Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.

2. BANYAK MINUM AIR KOSONG & MAKANAN MENGANDUNGI AIR

Semasa cuaca panas tingkatkan pengambilan air kosong dan makanan atau buah-buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberry & sup.

3. SAPU LIDAH BUAYA

Lidah buaya boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah. Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk.

4. MAKANAN BEREMPAH

Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk.

petua sejukkan badan

Selain itu, terdapat beberapa lagi bahan yang boleh digunakan untuk menyejukkan tubuh badan seperti:

  • Teh pepermint
  • Daun sederi dan timun
  • Minum air kelapa

Semoga ilmu petua ini dapat membantu anda semua!

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×