Dapur

Ini Resepi Buat Cendol Homemade, Ada 3 Cara Boleh Pilih Ikut Cita Rasa Anda!

53
SHARES

Cendol merupakan pencuci mulut yang amat digemari rakyat di negara ini. Ketika cuaca berbahang, ianya menjadi pilihan untuk menyejukkan tekak. Selain itu, resepi cendol yang asli juga sudah mempunyai pelbagai perubahan seiring dengan kreativiti penciptanya.

Sebagaimana sama dengan perkongsian Puan Nina Mahdar, yang telah bereksperimen resepi cendol melalui tiga resepi yang berbeza. Anda juga boleh mencubanya mengikut cita rasa sendiri. Jom buat!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Viral, Kena Masukkan Bawang Ini Barulah Harum & Lebih Sedap!

CENDOL HOMEMADE 3 RESEPI!

Puas hatikan bila buat cendol sendiri. Nak-nak musim panas ni, nak cari yang sejuk-sejuk je. Jimat pula tu buat sendiri boleh makan satu family.

Dekat sini saya bereksperimen dengan 3 jenis cendol. Saya memilih resepi cendol no 1. sebab teksturnya sedikit kenyal. Air abu, boleh tengok contoh dekat gambar ye. Boleh dapatkan di kedai menjual bahan bakeri.

3 RESEPI CENDOL BERBEZA BOLEH PILIH IKUT CITA RASA

RESEPI CENDOL 1:

  • 100g tepung jagung.
  • 500g air pandan.
  • 1 sudu makan air abu.

RESEPI CENDOL 2:

  • 50g tepung jagung.
  • 50g tepung beras.
  • 450g air pandan.
  • 1 sudu makan air kapur.

RESEPI CENDOL 3:

  • 100g tepung beras.
  • 1 sudu makan air abu.
  • 450g air pandan.

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.

2. Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.

3. Sediakan air sejuk atau ais di dalam bekas besar.

4. Bila cendol dah masak, tekan ke dalam acuan cendol. Boleh guna acuan maruku dan boleh guna penapis lubang besar

5. Atau masukkan kedalam piping bag. Picit perlahan-lahan. Picit sewaktu panas ke dalam bekas berisi ais. Alas tangan dengan kain.

RESEPI CENDOL LENGKAP

BAHAN-BAHAN:

  • 200g santan kotak.
  • 2 cawan air.
  • Sedikit garam.
  • 1 buku gula melaka.
  • 1 cawan gula merah.

CARA MEMBUATNYA:

1. Santan dimasak bersama dua cawan air dan sedikit garam. Masak santan sehingga panas. Hati-hati jangan sampai pecah santan.

2. Gula melaka bersama gula merah dimasak dengan dua cawan air sehingga larut. Kemudian, tapis.

3. Tapis dan masukkan cendol ke dalam mangkuk.

4. Letak ais dan masukkan santan.

5. Akhir sekali, masukkan gula melaka.

Sedia dinikmati bersama yang tersayang!

Sumber: Facebook Nina Mahdar via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×